rss

Sunday, January 30, 2011

>> Mohfi Sombong!

   Tak suka bersembang cakap sombong,kalau ajak bersembang nanti cakap nak mengurat pulak! isk~.

   Bila ada perempuan tengah susah hati,sedang susah atau sedih,nak bagi pertolongan atau nasihat pun takut,nanti cakap nak jadi hero dalam diri diaorang konon! isk~.

    Susah nak mulakan sesuatu dengan orang perempuan ni,serba salah jadinya.hendak buat betul pun boleh jadi salah,buat benda salah pun boleh pulak jadi benda betul!.

   Pagi tadi ada seorang kawan perempuan beri tahu Mohfi,katanya ada seorang budak perempuan cakap yang Mohfi ni sombong! "rasanya dia suka kat kau lah! tapi dia kata kalau dia bertembung ngan kau, kau buat bodoh je" Aku sombong? WHAT!~..................

   Mungkin pengalaman hidup Mohfi yang membuatkan Mohfi agak sedikit kurang dengan kaum-kaum hawa ini.Bukan pengalaman pernah di kecewakan oleh perempuan dalam percintaan,tapi dalam kehidupan Mohfi seharian yang sudah mencecah angka 27 tahun ini banyak perkataan-perkataan yang membuatkan Mohfi kurang yakin untuk berdepan dengan perempuan.(akan-akan datang mohfi ceritakan kisah itu)

   Pada Mohfi, terlalu banyak kekurangan yang membuatkan Mohfi terlalu takut untuk berdepan dengan perempuan.Mohfi kerja sebagai 'promoter' kasut,gaji cukup-cukup makan sahaja,kereta/motor langsung tak ada,yang ada lesen L,harta Mohfi paling mahal ialah Komputer yang amat setia bersama Mohfi tika waktu lapang ni.Bosan kan! memang ada perempuan yang cakap Mohfi ini membosankan~

   Bukan tak ingin bergaul dengan perempuan-perempuan di sekeliling Mohfi,tapi Mohfi betul-betul takut nak bercampur dengan mereka,takut-takut kalau dalam-dalam tengah bercampur itu,tiba-tiba datang perasaan suka/sayang/cinta pada salah seorang perempuan-perempuan yang ada itu.

   Dalam keadaan hidup Mohfi yang membosankan ini,tak kan lah Mohfi hendak kongsikan kehidupan Mohfi yang membosankan ini dengan perempuan,kesian pulak bila fikirkan perempuan mana yang suka kat Mohfi itu.

   Rasanya sudah beratus kali Mohfi tolak/buang perasaan jatuh cinta dengan perempuan,setiap kali ternampak atau tersuka kat perempuan,cepat-cepat Mohfi fikir benda lain.Takut ter-jatuh cinta.

   Bayangan yang ada dalam kepala Mohfi jika ter-jatuh cinta dan di cintai oleh mana-mana perempuan,sangat teruk! rasa macam menganiya anak gadis orang lain.

   Ada yang cakap Mohfi pengecut,tak jantan,tolak tuah dan macam-macam lagi ayat seumpamanya.Tapi Mohfi perSETANkan sahaja ayat-ayat mereka

   Cukuplah bersosial dengan perempuan-perempuan yang ada blog ni.Buat masa ini,itu sudah cukup dan memadahi pada Mohfi.

   Ya Allah,aku Mohfi memohon pada mu,jika aku belum cukup baik/elok untuk mana-mana hamba perempuan mu,janganlah engkau hadirkan perasaan cinta/kasih dan sayang aku kepadanya,begitu juga janganlah engkau hadirkan perasaan cinta/kasih dan sayang pada hati mana-mana hamba perempuan mu terhadap diri ku ini ya Allah.Amin~"-Mohfi

 

>> Relationship itu mudah!

Bukan susah hendak menyatukan sesuatu."-Mohfi

Friday, January 28, 2011

>> Perasaan apakah ini?

   Selalu Mohfi terbaca tentang betapa susahnya blogger nak tulis entry apa setiap hari.Tak ada idea,ada idea tapi tak tahu nak mulakan pula dan macam-macam lagi rungutan.

   Tapi Mohfi pula ada satu perasaan yang mungkin kedengaran pelik,lucu,meluat dan mual pada sesetengah blogger/penulis lain.Setiap kali Mohfi ingin menulis entry di blog ini,ada satu perasaan yang seolah-olah membisik kepada Mohfi yang menyatakan yang jodoh dan pasangan Mohfi ada di kalangan blogger-blogger.

   Setiap kali Mohfi lakukan blogwalking di ShotBox blogger-blogger lain perasaan itu menjadi sangat kuat,seolah-olah si dia macam dekat dengan Mohfi.

Siapa ya?"-Mohfi

>> Syaitan dirikan masjid?

   Awal tahu 2011 ini terlalu banyak sangat cuti umum,ini menjadi peluang yang baik pada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan.Mohfi tidak terlepas dari merasai suasana riuh tentang perkahwinan ini,Sebab ramai saudara dan rakan akan melangsungkan perkahwinan cuti umum nanti.
 
   Tetapi dalam ramai-ramai saudara dan rakan-rakan Mohfi yang ingin melangsungkan perkahwinan nanti,Mohfi paling tertarik dengan perbualan ini,yang pada Mohfi agak jarang kedengaran.

"Kahwin bukan-nya selalu,sekali seumur hidup!"

"Lagipun kau dengan bakal laki kau tu kan berpendidikan dan berjawatan,buat lah meriah-meriah sikit!"

"Buat apa nak meriah-meriah sangat? cukup lah kita jemput sedara-mara dengan kawan-kawan.Meriah tak semistinya perlu berhabis duit!"

"Ye lahhh~ tapi apa pulak nanti orang cakap,kahwin biasa-biasa sangat macam ada benda yang tak kena je.Malu-lah nanti orang cakap"

"tak payah lah membazir sangat,bukan-nya nak berkira,tapi membazirlah keluar duit dengan benda-benda yang merepek untuk kahwin ni!"

"Tak payah-lah upah photographer/juru-gambar,nanti kita suruh adik je yang tangkap gambar,walau tak menarik,tak perofesional,janji ada juga memori kita masa kahwin,cukuplah tu.Pelamin tu tak payahlah nak ribu-ribu,Mak Su pun boleh buat juga benda tu."

membazir tu bersahabat dengan syaitan,
perkahwinan tu umpama mendirikan masjid,jadi bagaimana syaitan tahu mendirikan masjid?"-mohfi

Wednesday, January 26, 2011

>> Israel intai Mohfi.blogspot?

Wah ! terkagum seketika Mohfi bila melihat pageviews by Countries blog ni,ada yang datang dari Israel!

Apa yang Israel ini mahu dari blog ini ? ;)

Sesiapa yang dari Israel tu,jangan datang blog ni lagi,aku benci kau! (pandai-pandai lah dia translate)-Mohfi

>> Pemimpin melayu hampir pupus

   Mungkin ini mimpi ngeri yang akan menghantui seluruh wanita-wanita melayu yang ada di seluruh semenanjung tanah melayu.

   Saban hari hampir setiap hari kita melihat dan mendengar tentang perkara-perkara buruk tentang remaja melayu lelaki yang berkelakuan liar,tak senonoh dan segala macam lagi perkara yang negatif.

   Hampir keseluruhan remaja lelaki melayu ini mengamalkan cara hidup yang jauh terpesong dengan menjadikan seks dan perkara lucah sebagai perkara penting dalam kehidupan mereka,baik dari segi percakapan/perbualan dan perhubungan.

   Lihat sahaja di sekeliling kita cuba cari remaja lelaki melayu dan cuba dengar apa yang mereka bualkan,jenaka mereka,perbuatan mereka terhadap anak gadis orang lain,apa yang di visual kan oleh mata anda? dari 10 Mohfi berani kata 8 benda yang mereka suka adalah berkaitan lucah!

   Kenapa Mohfi highlight-kan remaja lelaki melayu,bukan remaja perempuan melayu?
ini kerana lelaki secara azalinya atau secara semulajadinya adalah pemimpin.Akan tetapi apa yang berlaku pada remaja lelaki melayu hari ini ialah mereka memimpin tetapi menjadi pemimpin terhadap gejala negatif.

   Bukankah sepatutnya mereka yang sepatutnya memimpin remaja-remaja perempuan melayu yang liar keluar dari gejala negatif,tetepi sebaliknya yang berlaku.

   Apa yang paling Mohfi paling pelik ialah,kenapa masih ada perempuan yang berminat dengan lelaki sebegini,ada ketika itu lelaki yang tak senonoh perangainya,tak ada kerja walau gaji kecil dan rupanya masih mampu ber-couple dengan perempuan cantik,kenapa? (bukan cemburu,cuma tertanya-tanya) Adakah sudah pupus lelaki-lelaki baik dan soleh? hingga itu yang menjadi pilihan hati.

   Mudah untuk jadi lelaki sebegini,rupa tak perlu,kerja tak perlu janji careing,sedikit stylo misti ada perempuan melayu yang ingin menyelit dan di kepit,kononya cool!


Sedarkah,perempuan melayu hampir kepupusan pemimpin sebenar!"-Mohfi

Sunday, January 23, 2011

>> Pantasnya Masa

   Balik kerja jam 7.00pm,sampai rumah paling awal jam 8.00am,mandi+makan+tonton TV,sedar-sedar dah nak kena pergi kerja balik.

   Tengah hari tadi,masa rehat seorang kawan beri tahu "ingat tak semalam 21hb dah setahun kita pergi naik genting!".Huh~ rasa macam baru semalam sahaja pergi sana.

   Memang betul dunia akhir zaman memang masa berlalu dengan pantas,tapi tengok jam macam tak ada apa-apa perubahan pun,macam tu jugak.

  Mohfi terfikir seketika,kalau sekarang ramai manusia yang rasa masa bergerak terlalu pantas,bagaimana pula 5-10 tahun akan datang manusia rasa tentang perjalanan masa?
  • Balik kerja - sampai depan pintu rumah - buka kasut - sudah terasa nak kena pergi kerja balik! 
  • Rehat pasti tak cukup,baru letak kepala atas bantal,sesaat dah nak kena bangun mandi pagi!
  • Semua nak cepat! bayangkan masa terlalu pantas,macam mana umat manusia memandu kenderaan? 
  • Mungkin juga Microsoft Windows akan keluarkan Operating Systemnya dalam tempoh seminggu sekali!,contoh minggu ni lunching Windows xp,esok pagi baca review di internet kata Microsoft minggu depan lunching Windows 7.
    Banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan terasa sangat pantas berlalu.Tetapi dalam banyak-banyak perkara tersebut,satu perkara ni yang Mohfi tak tahu kenapa terasa sangat lambat.Perkara tersebut sudah tentu masa nak masuk kerja! Kenapa bila mula kerja,rasa begitu lambat nak tunggu balik kerja!

   Islam meletakkan masa itu di tempat yang tinggi sehingga Allah s.w.t. bersumpah dengan masa. FirmanNya yang bermaksud :

"Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]

   Walau sepantas mana pun masa berlalu,Mohfi nak pesan untuk semua dan diri Mohfi sendiri,kita perlu sentiasa ada masa dan waktu untuk:-
  • Berzikir kepada Allah s.w.t.
  • Waktu untuk bermuhasabah (menilai dan mengkaji diri) 
  • Waktu untuk berfikir tentang makhluk ciptaan Allah 
  • waktu untuk menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari rezeki.
Demi masa sesungguhnya aku selalu dalam kerugiaan"-Mohfi

Friday, January 21, 2011

>> Isteri siapa yang sebegini?

    Bekerja di dalam persekitaran rakan-rakan kerja yang majoritinya perempuan yang sudah berkahwin memang menyeksakan telinga Mohfi nak tahu kenapa?

    Situasi  1 : Di kantin

Jenab : ni haa kau cuba lah rasa suami aku masak ni,dia pandai masak,mak aku cukup suka kalau dia datang rumah suami aku yang masak.

Tipah : pandai ye suami kau masak,suami aku selagi aku tak balik,jangan harap dapur nak berasap,untung ye kau Jenab.

Jenab : (buat muka macam biasa tapi bangga tak ingat) alaa~biasa lah tu Tipah,suami aku ni pun bukan selalu sangat masak masa mood dia ok je,entah kenapa hari ni mood suami aku ok,sebab malam tadi aku services dia baik punya kot! (Hahaha,dia gelak)

Tipah : (sambil mengunyah makanan suami Jenab yang kononya sedap tu)suami aku dah seminggu dah tak bagi services,dia letih kot.

   Sudah! sudah! sudah! Mohfi cerita sampai situ sahaja,kalau nak cerita semua yang mereka bualkan memang rasa loya tekak ni,rasa mual pun ada.

   Pelik sungguh Mohfi dengan perempuan-perempuan yang sudah berkahwin,tapi tak tahu simpan rahsia rumahtangga ni,segala jenis cerita dia nak bagitahu kat orang lain.Ada yang suka bangga suami,ada yang tak habis-habis dengan masaalah suami.

   Mohfi tak hairan sangat kalau perempuan-perempuan ini bercakap pasal bagusnya suami diaorang,yang hairanya kalau diaorang suka bercakap pasal dalam selimut,atas katil,dalam kain,semua dia nak heboh!

   Andai kata kalau suami diaorang ada dekat situ pasti malu.Sebelum kahwin dulu heboh bakal suami dia bagus ini lah ,bagus itul lah,sampai dah anak 3 tak habis-habis nak bangga suami,entah ya ke tidak yang suami dia bagus sangat tu (tengok Mohfi dah mula -ve dah).

 Jangan tak percaya ada seorang isteri ni yang pernah cakap depan staff-staff lain yang dia tak sabar nak balik kerja sebab dah tak tahan nak kangkang atas katil.
Dugaan sungguh sepasang telinga lelaki bujang ni"-mohfi





  

   


 

Monday, January 17, 2011

>> Berkenaan Jumlah perempuan dan lelaki

Perangkaan penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai daripada jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11) dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak daripada lelaki.

   Pergi ke mana saja,lihat sekeliling kita,perempuan memang ramai berbanding lelaki.Sama juga di tempat kerja Mohfi,memang perempuan yang lebih dari lelaki tak kira lah dari top managemant sampailah ke pekerja-pekerja bawahan ni (kecuali pengawal keselamatan)memang majoritinya orang perempuan.Kemanakah perginya orang-orang lelaki? tak bukan itu yang nak Mohfi persoalkan sekarang.

    Persoalan yang selalu bermain difikiran Mohfi ialah berkenaan dengan status perempuan-perempuan yang jumlahnya melebihi lelaki ini.Mengikut perbualan Mohfi dengan rakan-rakan perempuan (di tempat kerja) yang berusia dalam lingkungan 19-30 tahun berkenaan dengan status mereka,hampir kesemuanya mengaku sudah mempunyai teman lelaki!

   Persoalan yang bermain di fikiran Mohfi ialah jumlah perempuan lebih ramai dari lelaki jadi kenapa hampir kesemua perempuan mengaku mereka ada teman lelaki?

contohnya :
  Dalam bilik (umpamakan-nya seperti bumi) memiliki 5 orang perempuan & 2 orang lelaki,4 orang perempuan mengaku sudah ada teman lelaki,hanya seorang lelaki yang mengaku sudah ada teman wanita,lelaki lagi satu berkata belum mampu untuk ada teman wanita!

   Begitulah lebih kurang persoalan yang bermain di dalam kepala Mohfi,ada 2 orang lelaki sahaja,tetapi 4 daripada 5 orang perempuan berkenaan mengaku ada teman lelaki.Maksudnya?

   Dari apa yang pernah Mohfi bersembang kosong dengan orang-orang perempuan dari tempat kerja/luar kerja,memang mudah dengar orang perempuan ni bercakap tentang teman lelaki mereka,atau mereka ini sebenarnya mangsa kayu tiga? mangsa terkena ayat manis suami orang lain yang difikirkan bujang?atau mangsa keadaan sekeliling yang menuntut dia orang menipu untuk mengelak malu atau maksud lebih mudahnya kawan ada,dia pun nak jugak!(tak nak kalah)

   Mohfi punya minda dah terasuk dengan jawapan-jawapan yang mungkin agak nakal atau tak semenggah bagi orang-orang perempuan,jadi disini Mohfi ingin bertanyalah jika ada mana-mana perempuan yang membaca tentang topik ini sila lah tinggalkan komen anda.

    Jawapan yang ada dalam kepala Mohfi ialah kebanyakan perempuan malu untuk mengaku yang mereka tidak/masih belum ada teman lelaki ! Benarkah itu?
  
   Hinggakan Mohfi sendiri tak tahu yang manakah perempuan yang masih belum berpunya,semua mengaku sudah berpunya(ke bila mohfi je tanya dia orang kata begitu,sebab nak mengelak,entahlah!),jadi susah lah Mohfi nak mengurat,takut-takut betul orang lain punya,tak mahu la nak kacau orang lain punyakan!

Sejujur-jujurnya Mohfi sendiri belum ada teman wanita",-Mohfi (promote sikit mana tahu laku kat sini!)

Thursday, January 13, 2011

>> Most Pageviews?

   Dah lama Mohfi tak jenguk dekat dashboard blog ni,klik kat stats,tengok popular post "Bila Lelaki Menangis"! kenapa post tu yang paling banyak pageviews yek? ada sesiapa boleh tolong jawap tak kenapa?

>> Soal Persoalan

   Persoalan apa yang kerap membelenggu dibenak fikiran kita? soalan-soalan yang kerap di tujukan kepada diri sendiri?
 
   Selalunya soalan-soalan tu berkait rapat dengan kehidupan harian kita,ada yang soal "kenapa lah malang sangat nasib aku ni?","kenapa lah aku je yang kena!?".Persoalan-persoalan ini biasanya akan melemahkan kita dan akan menunjukan betapa lemahnya kita!.Dalam situasi yang sama dan persoalan yang berbeza pula soal ini yang akan terucap "apa yang aku belajar dari masaalah ini?","syukurlah aku masih ada otak untuk berfikir dan cuba menyelesaikanya!",persoalan begini akan membuat kan seseorang lebih positif dan nampak lebih kuat!.

   Mohfi percaya persoalan-persoalan yang diri kita sendiri tujukan adalah kunci kepada pertumbuhan keterampilan diri dan kesedaran untuk menjadi manusia yang gagah atau lemah!.Persoalan-persoalan yang timbul selalunya memberitahu kita jalan apakah yang akan kita laluinya selepas ini,jika betul jawapan kepada soalan kita,maka luruslah jalannya,jika tidak,sebalinya akan terjadi,dan semakin banyak soalan yang akan timbul.

   Berikut adalah persoalan-persoalan yang selalu Mohfi tanya pada diri sendiri dan orang disekeliling Mohfi :-

  1. Siapa kau?
  2. Apa yang kau minat? 
  3. Apa prestasi yang paling kau banggakan? 
  4. Apa yang kau paling syukuri dalam hidup? 
  5. Apakah hal yang paling penting bagi anda dalam hidup? 
  6. Bagaimana anda menggambarkan diri sendiri dan diri aku? 
  7. Apa nilai-nilai kau? Apa yang kau wakili?
  8. Adakah kau mencintai diri sendiri? 
  9. Bagaimana kau boleh mencintai diri sendiri? 
  10. Lihatlah pada kehidupan kau sekarang. Adakah ini kehidupan impian kau? 
  11. Jika kau mempunyai satu tahun lagi untuk hidup, apa yang akan kau lakukan? 
  12. Jika kau mempunyai satu bulan lagi untuk hidup, apa yang akan kau lakukan?
  13. Jika kau mempunyai satu minggu lagi untuk hidup, apa yang akan kau lakukan? 
  14. Jika kau mempunyai satu hari lagi untuk hidup, apa yang akan kau lakukan? 
  15. Jika kau ada waktu satu jam lagi untuk hidup, apa yang akan kau lakukan? 
  16. Jika kau mempunyai satu minit lagi untuk hidup, apa yang akan kau lakukan? 
  17. Apa yang akan kau lakukan hari ini jika tidak ada esok lagi? 
  18. Apa hal terbesar yang telah kau pelajari dalam hidup,sampai saat ini? 
  19. Apakah nasihat yang akan kau berikan kepada diri sendiri,3 tahun yang lalu? 
  20. Apakah ada sesuatu yang masih kau genggam? Apakah sudah tiba waktunya untuk membiarkannya pergi? 
  21. Peluang apa yang saya cari? 
  22. Bagaimana saya membuat peluang tersebut? 
  23. Apa tujuan kau yang terbesar dan impian terbesar kau? 
  24. Apakah yang ingin kau capai dalam tempoh 1 tahun dari sekarang? 
  25. ... 3 tahun?
  26. ... 5 tahun?  
  27. ... 10 tahun dari sekarang? 
  28. Berapa penting tujuan-tujuan ini untuk aku?
  29. Apa keutamaan utama dalam hidup kau sekarang? 
30.jika aku atau kau mati esok, apa yang akan menjadi penyesalan terbesar bagi kau dan aku?-mohfi

Wednesday, January 12, 2011

>> Berbicara soal jodoh

   -Umur dah mencecah 27tahun,Jodoh tak jumpa-jumpa lagi!

Mak selalu tanya bila nak kahwin?
   -Aku selalu bagitahu yang aku tak bersedia lagi!

Kawan-kawan pun selalu tanya,kau bila nak kahwin?
   -Aku selalu bagi tahu yang aku awek pun tak ada lagi!

Ada kawan umur baru 21tahun,kahwin bulan lepas.
   -Aku bulan lepas asyik terima kad kahwin orang je!

Tadi ada member tanya,kenapa tak cari awek?
   -Aku kata,dah cari,senang je,ngorat,ayat,semua dah,tapi dia orang yang tak nak! aku nak buat camne?

Tak pernah bercinta langsung ke?
   -Pernah! tapi awek tu dan jadi isteri orang pun sekarang.

So sekarang tak ada sesiapa pun ke?
   -Ada,tapi kawan je,rasa macam tak sesuai! banyak yang pelik!

Apa yang pelik?
   -Bila tanya nak cari boyfriend yang macam mana,misti cakap yang memahami,romantik,sopan,tahu jaga hati mak/ayah.Bila tanya nak cari suami yang macam mana pulak,misti cakap yang beragama,tahu tanggungjawab!

Memang lah macam tu,so jadi lah yang macam tu!
   -Memang boleh jadi macam apa yang dia nak,yang menjadi masaalahnya langkah awal untuk berkahwin tu pun orang perempuan dah langgar apa yang dia cakap,macam mana?

Orang perempuan langgar apa?
   -Cakap nak lelaki yang bertanggungjawab dan beragama,tapi kenapa masa nak berkahwin,bernikah,bersanding tak nak ikut agama?

Tak paham!
   -Kalau nak suami yang beragama,sebelum kahwin ke atau selepas kahwin lelaki tu misti tahu agama?

Sebelum dan selepas lah!tak kan lah lepas kahwin baru nak kenal agama!
   -Pandai pun! itu yang aku tak paham tu,kalau ikut aku yang belum kahwin dan tahu sedikit selok belok agama ni,yang aku tahu,dalam agama aku islam tak suka membazir dan tak suka menyukarkan sesuatu perkahwinan itu!mana ada kata dalam islam misti kahwin/bersanding kena gah!pelik aku!kenapa kahwin sekarang misti nak kena ada dalam tangan dekat RM12,000?tu pun ada yang cakap sikit!

Rm12,000 tu pasal kos barang dah naik!
   -Kalau dah tahu kos barang dah naik,kenapa nak jugak bazirkan duit,sampai sanggup meminjam?bukan ke dalam agama islam ada cakap,membazir tu bersahabat dengan syaitan! jadi buat apa nak buat persiapan macam nak tunjuk kat orang lain yang kita ni ada duit? kata nak suami yang tahu agama islam?jadi sekarang islam kata membazir tu bersahabat dengan syaitan! tak ada pulak dalam islam kata kecuali kalau nak kahwin!

Biasa lah tu perempuan,ini kan seumur hidup sekali!
   -Seumur hidup sekali?mana tahu?maksudnya masa nak bersanding/berkahwin jadi yahudi pun tak apa ke?asal masjlis kahwin nampak gah! habis tu sebelum kahwin siapa yang kononnya nak suami yang pandai agama? automatik je masa nak kahwin agama jadi tak penting?


Jadi carilah kerja yang gaji ok sikit,kerja yang bagus,kumpul duit lebih skit!
   -Kalau nak kumpul duit,baik fikir duit lepas kahwin,lagi besar tanggungjawabnya,bila nak bercakap tentang nak kahwin,sebenarnya tak perlu kos besar pun,bayangkan Rm12,000 tu kalau kita gunakan untuk tanggung kehidupan kita selepas kahwin,kan ke bagus.Kehidupan lepas kahwin tu lebih banyak kosnya!kenapa nak bazirkan duit simpanan untuk buat majlis perkahwinan yang kononya nak sama taraf dengan artis terkenal!.Ini bukan soal kerja bagus atau tak,orang gaji kecil pun ada perasaan nak kahwin,tapi berpada-padalah.


Entah lah~
.............................................


Sudahnya aku memang tak kahwin-kahwin!"-mohfi

Tuesday, January 11, 2011

>> Lelaki juga perlu tahu!

   Menjadi pendengar yang baik!,jangan cepat melenting jika teman wanita anda kerap bercakap tentang masaalahnya,perasaanya,emosinya,mereka sebenarnya bukan membebel,mereka cuma sampaikan emosi kepada teman lelakinya,lelaki hanya cuma perlu dengar dengan cermat,atau sekurang-kurangnya memperlihatkan sifat peduli dan ambil berat.Ketika perempuan bercakap tentang sesuatu yang kedengaran emosional atau perihal permasaalahan mereka,bukan kerana perempuan mengharapkan anda menyelesaikan masaalah mereka,mereka memiliki sifat berasa selesa selepas meluahkan segala permasaalahan mereka kepada orang yang mereka sayang iaitu teman lelaki mereka.Jadi lelaki cuma perlu dengar dan beri sedikit sokongan,jangan rasa bosan,bukankah itu teman wanita yang kamu gila-gilakan dulu?

   Menjadi peramal yang baik!,jangan jadi kayu depan teman wanita anda,ada masanya teman wanita anda cuba menarik perhatian anda dengan menyembunyikan perasaan mereka dengan harapan anda menegur dengan penuh rasa sayang kepada mereka!,sebagai contoh,ketika anda sedang keluar dan singgah di kedai makan,anda melihat wajah teman wanita anda berubah seolah-olah ada sesuatu yang sedih berlaku,bila ditanya teman wanita anda hanya menjawap "tak ada apa-apa,ok je!"...Jangan silap,anda mungkin diuji sama ada anda benar-benar ambil berat atau tidak.Selalunya jawapan begitu memang ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh perempuan yang memang ada maksud disebaliknya,sebagai teman lelakinya,kamu harus tahu tangini dan meramal teman wanita anda!

   Menjadi lelaki original!,Bukan bermaksud anda cetak rompak atau anda berkelakuan seperti permpuan,tidak!jadi seperti apa yang anda ada,jadi diri sendiri,jangan jadi orang lain,kalau orang lain nak jadi macam anda,itu ok!.Perempuan akan merasa jelik jika mengetahui lelaki yang berjalan di sebelahnya adalah lelaki yang tak tahu jadi diri sendiri,berlagak cool!.Perempuan lebih suka dihormati daripada berjalan sebelah lelaki yang kononya cool! tapi kalau dapat berjalan sebelah lelaki yang cool dan tahu menghormati perempuan itu satu bonus pada mereka!.

   Jangan fikir perempuan ingin anda keluar duit!,Kebanyaakan lelaki cuba menjadi yang terbaik kepada perempuan yang disukainya,keluar makan lelaki bayar,tengok wayang lelaki bayar,nak masuk toilet pun lelaki bayar!.Ada setengah perempuan yang akan merasa kekok jika segala hal yang melibatkan wang lelaki perlu bayar,kebanyakan perempuan begini yang datang dari jenis pandai berdikari dan berfikiran hyper +ve(susah nak jumpa ni!),Teman wanita anda mungkin dalam ketagori ini(anda lebih kenali dia berbanding saya jadi anda harus tahu!).Bukan tidak boleh belanja makan atau sebagainya,cuma mereka mungkin akan berfikir yang anda akan jadikan itu satu isu besar bila berlaku pertengkaran!"ingat aku dah banyak habis duit kat kau,skung kau jangan nak buat hal!"-pernah dengar ayat tu,itulah yang Mohfi maksudkan.Janganlah rasa risau kalau tak ada duit bila teman wanita anda mengajak keluar,jangan ego sangat atau malu,cuba terangkan situasi ekonomi anda,lagi malu kalau menipu! perempuan juga faham itu sebenarnya.

Kepercayaan, kejujuran, dan rasa hormat adalah kunci dalam setiap hubungan yang berjaya, dan tanpa elemen-elemen tersebut, perempuan tidak peduli seberapa machonya anda,coolnya anda,cutenya anda, mereka akan tinggalkan anda.BYE BYE!"-mohfi

Monday, January 10, 2011

>> Pakcik-pakcik melayu ku!

   Mohfi mulakan langkah awal pagi sambil tunggu masuk kerja duduk minum nescafe dekat satu kedai mamak,dalam kedai itu terdapat majoriti orang-orang melayu yang berumur dalam lingkungan 45-65 tahun,rancak berbual dengan suara yang agak kuat,seolah-olah ingin berlumba-lumba suara siapa yang paling kuat diantara pakcik-pakcik yang ada dimeja-meja yang ada kat kedai mamak itu.

   Mohfi tidak dapat mengagak apa topik perbualan mereka kerana suara mereka bercampur-campur dan kuat,hinggalah seorang pakcik ini mengeluarkan kenyataan ini 
Nama pun BN mistilah Barang Naik!"

   Selepas kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pakcik,kelihatan seorang lagi pakcik yang duduk di meja berdekatan juga mengeluarkan satu kenyataan
Haaa~ dok pangkah tu dah seronok kene jubo lah tu!"
   Melihat telatah pakcik-pakcik yang dah separuh abad dan ada diantara mereka yang dah kubur nak panggil,memang tersentap,ini pun kira Mohfi sudah tapis sedikit sedikit ayat-ayat pakcik-pakcik tu..kalau tak tapis,gugur semua taik telinga Mohfi mendangarnya.


  Pelik Mohfi,pasal politik mereka (pakcik-pakcik) ni jadi tak tahu adab langsung,sanggup memaki hamun,memerli,mengeluarkan perkataan-perkataan kesat yang kebanyakannya dah sah-sah ditujukan pada bangsa (melayu) dia sendiri.Tak tahu malu ke pada anak-anak muda yang ada di dalam kedai tu yang duduk perhatikan gelagat-gelagat pakcik-pakcik yang dah senja tu,ada seorang budak lelaki tu geleng kepala melihat pakcik-pakcik ni datang bulan! sepatutnya yang sudah berumur sepatutnya menjadi contoh pada yang muda,tapi apa yang berlaku sebaliknya.

   Apa yang paling Mohfi tak boleh tahan ialah mereka bertekak sesama melayu,mengeluarkan kenyataan kotor di hadapan rezeki yang mereka makan!.Jagalah adab tu sedikit pakcik-pakci oi~

  Kalau nak berpolitik,tak payahlah nak bergaduh & bertekak,bila sampai pilihan raya umum nanti pakcik-pakcik pangkah lah siapa yang pakcik-pakcik sokong,senang je kan! 

  UNDI ANDA ADALAH RAHSIA ! jadi diam-diam sudahlah.

   Cakap budak-budak zaman sekarang ni kurang ajar pandai! tapi yang dah lama hidup perangai macam tu,apa kejadahnya pulak? terlebih ajar? siapa yang ajar jadi kurang ajar? orang politik yang ajar!" - mohfi.blogspot
ps:siapa yang untung?
 





>> LaSalle College of the Arts New Intake!


  • Ingin memiliki Diploma dan ijazah dalam bidang Rekaan (Design),fashion,fine art,film,animation,media broadcast,dance,music,theatre,art therapy dan arts management?
  • Sertai LaSalle College of the Arts dan lihat sendiri bagaimana seniman dan pereka yang telah memimpin satu gerakan/komuniti seni dari asia dan keseluruh pelosok negara.
  • Tempat yang di sediakan terhad,Permohonan dijalankan selama 2 hari.



Sunday, January 09, 2011

>> Best sosial icon







  • Icon berkualiti tinggi
  • Terdapat 20 jenis lebal icon
  • Setiap ikon dalam format .png
  • Berukuran 256 X 256 px
  • Boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau komersial 





 ps:Icon ini memang cool tapi Mohfi tak pandai nak buat button guna icon ni kat blog !

Friday, January 07, 2011

>> Batman beragama Islam?


   Batman beragama islam? Wow ! tak pernah terfikir yang watak terkenal dari DC comics ni akan mewujudkan watak superhero terkenal Batman yang beragama islam.Batman ini dengan gelaran night runner.Namun dia bukanlah hero yang merupakan Batman,tetapi kawan kepada Batman.
From Nightrunner's origin

   Bernama Bilal Asselah,seorang pendatang berketurunan Algeria berfahaman Sunnah yang secara fizikalnya sihat dan mahir dalam sukan gimnastik, parkour.

   Mengikut dari ceritanya Bilal berasal dari dari sebuah bandar kecil di Perancis,Clichy-sous-Bois dan berusia 22 tahun,bandar yang di dudukinya mengalami pergolakan yang mencetuskan rusuhan di daerah-daerah yang didiami pendatang di seluruh perancis pada tahun 2005.

   Dalam komik itu bilal yang juga merupakan warganegara perancis di tangkap dalam pergolakan itu dan pada suatu insiden dia dan rakanya dipukul oleh polis yang tersilap kerana menyangka mereka perusuh,Bilal kemudianya bertindak balas dengan membakar sebuah balai polis dan akhirnya dibunuh oleh polis.

   Bilal menumpukan perhatian kepada parkour, satu bentuk akrobatik di mana pengamalnya melompat dari bangunan-bangunan dan melepasi dinding-dinding.

   Namun di AS, penulis blog berhaluan kanan berang kerana DC Comics mewujudkan watak superhero baru beragama Islam dalam komik mereka itu

Nampaknya Batman tidak menemui orang Perancis untuk dilatih menjadi 'Penyelamat Perancis',"Todd Huston,Publius Forum.
deathandtaxesmag.com
 ps: bilal tak perlukan pakaian kebal macam batman ... Cayalah !

>> Di Sebalik Datuk Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong Wei

  Isu Misbun Sidek meletakan jawatan sebagai sebagai jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember 2010 telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak,apakah sebenarnya yang berlaku? Mohfi sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku,tak suka orang dalam ke?gaji kecik sangat ke?dapat kerja baru kot? tapi semua tu tak menjadi masaalah rasanya.Kalau datuk misbun ingin melepaskan jawatanya rasanya macam dah munasabah,umur pun dah lanjut nak-nak lagi dia memiliki persatuan badmintonnya yang tersendiri Nusa mahsuri.

  Dalam kes ini yang menarik perhatian Mohfi ialah keakraban kaum yang pada mohfi sangat menarik,mendengar dari kenyataan Datuk Lee Chong Wei
saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya"
  Benarlah seperti apa dikata "sukan menyatukan seluruh bangsa"...




Wednesday, January 05, 2011

>> Perempuan juga harus faham lelaki !

  1. Lelaki menggoda perempuan hampir setiap hari,tapi sebelum tidur atau tengah baring menanti tidur,lelaki selalunya memikirkan perempuan lain yang seksi dan cantik,dan berkemungkinan besarnya bukan teman wanitanya sendiri.
  2. Lelaki lebih emosional berbanding dari apa yang wanita fikirkan.Jika lelaki menyintai seorang perempuan dengan sepenuh hati,dan permpuan itu menninggalkanya atau apa jua perkara yang menyakitkan berlaku dalam perhubungan,lelaki selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih,mungkin hampir setiap minit dalam hidupnya. (susah nak jumpa)
  3. Lelaki kesemuanya akan menjadi gila sekejap selepas menerima senyuman dari seorang perempuan,walaupun perempuan tu sebenarnya sedang senyum pada kawannya yang ada di belakang lelaki itu.
  4. Lelaki lebih perasan dari perempuan !
  5. Lelaki yang menyukai seseorang perempuan selalunya mengharap yang perempuan itu hanya bercakap tentang dirinya sahaja.kononya dialah lelaki yang A'
  6. Lelaki selalunya menyalah tafsir ayat sms dari seorang perempuan,"susahnya! oklah tak pe,i tanya orang lain!...." contoh sms tersebut akan membuatkan lelaki tersalah anggap yang kononya dia tak mampu jadi hero dalam hidup perempuan itu,jadi kaum perempuan perlu ingat jangan sesekali hantar sms gantung kepada lelaki.Cakap biar terang !
  7. Jika anda seorang perempuan yang sedang mendengar masaalah dari seorang lelaki,anda hanya perlu diam dan jangan sesekali memberi nasihat,lelaki selalunya hanya meluahkan kemarahanya sahaja dan bukan hendak mendengar nasihat.Sesetengah lelaki memandang nasihat perempuan sebagai menjatuhkan kelakian lelaki tersebut!.cukuplah dengan mengatakan "Bertenang dan bersabar!".
  8. Lelaki jarang sekali mampu menyelesaikan masaalahnya sendiri,dan mereka sangat angkuh untuk mengakuinya.
ps:terkena kat batang hidung lelaki jugak ke?

    Monday, January 03, 2011

    >> Lelaki tahukah anda bagaimana hendak menjadi lelaki?

    "Lelaki sejati tahu perbezaan antara apa yang penting dan apa yang tidak"
    Lelaki melayu kebanyakkanya lemah dalam hal membezakan sesuatu yang penting dan yang tidak penting.

    EKONOMI
    Sebagai contoh selalunya lelaki tidak mempedulikan bekalan yang perlu ada dan dibawa dalam tempoh 3 ke 5 tahun hadapan dalam menentukan kehidupan yang lebih terjamin,tidak kiralah berapa jumlah gajinya,yang perlu di ambil kira berapa jumlah simpananya.jika lelaki tersebut sudah berkahwin mungkin boleh diterima lagi sukar untuk menyimpan kerana banyak tanggungan,yang menakutkan adalah lelaki bujang yang kuat berhabis dan tak beringat dengan alasan ingin enjoi!.

    KELUARGA
    Sebagai contoh lelaki selalunya akan terus menghulurkan wang kepada ibu/bapanya,mereka jarang sekali bertanya adakah wang tersebut memang untuk menaggung ibu/bapa mereka atau ibu/bapa mereka menggunakan duit yang diberi oleh mereka untuk menggung kembali mereka.

    KAWAN-KAWAN
    Sebagai contoh lelaki selalunya merasakan kawan adalah aset untuk menghilangkan rasa bosan dan enjoi,mereka jarang sekali mengetahui yang kawan-kawan juga mempunyai perasaan,mungkin kita pernah terlihat/terdengar atau terkena dengan perangai kawan-kawan lelaki kita yang bergurau kasar dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh meng-aibkan perasaan rakan lelakinya yang lemah dengan niat untuk gelak besar,kononya nak bikin HAVOC!

    TEMAN WANITA
    Sebagai contoh lelaki selalunya tidak mengetahui betapa pentingnya panggilan telefon atau SMS di waktu pagi untuk teman wanitanya.Kalau malas nak telephon cukuplah dengan send SMS "GOOD MORNING ! DAH MAKAN?.."

    Lelaki juga tidak mengetahui betapa pentingnya memuji berpada-pada kepada teman wanitanya berbanding sebelum memiliki wanita tersebut.

    Lelaki yang telah berkahwin lebih 1 tahun pula jarang sekali tahu betapa pentingnya suasana romantik bagi isterinya,berbanding masa bercinta dahulu.

    "Ketika seorang lelaki sejati membuat janji, dia akan menunaikanya"

    Benarkah seperti apa yang dicakap oleh kaum wanita yang lelaki melayu ini selalu mungkir janji? Pengalaman menjadi lelaki dan pernah berjanji dengan seorang lelaki dalam sesuatu hal membuatkan aku ingin berkata YA! (tidak semua) Dan tak kata perempuan tidak begitu.Lelaki sejati pentingkan ketulusan dalam segala hal bukan hanya dengan teman wanita sahaja perlu ada ketulusan tetapi dengan kawan-kawan lelaki juga ketulusan itu penting.Lelaki sejati selalunya akan merasa puas dan gagah selepas menunaikan janjinya,bukan selepas berjaya mempermainkan orang lain.Jika ingin melihat peribadi seorang lelaki itu,lihatlah dengan siapa dia berkawan.
     
    "Lelaki sejati berusaha untuk menjadi teladan"
     
    Lelaki melayu kebanyakannya suka tunjuk lagak macam bagus,bercakap nak kuat-kuat konon nak semua orang dengar yang dia bagus,suka bercakap sesuatu yang mengambarkan yang diri dia cukup gagah,pernah dengar perkataan ini tak? "kau fikir aku goyang?..." boleh teka tak jantina manusia yang keluarkan perkataan tu? bangsa apa? Padahal memang goyang pun, Kenapa lelaki melayu suka tunjuk sikap yang seolah-olah dia ada super power? konon depan awek nak cakap macam bagus,masa geng ramai berkumpul dialah raja,dialah hero,dialah makhluk paling kebal,dialah makhluk paling cool,tapi sebenarnya kosong! adakah mereka rasa masyarakat disekeliling mereka memandang mereka dengan kagum sekali? 
    aku jawap tak!... Lelaki melayu kebanyakanya bukan sahaja tidak tahu menghormati orang sekeliling,sebenarnya dalam pada masa yang sama mereka sendiri tidak tahu menghormati diri mereka sendiri.Lelaki melayu memang tidak pandai memberi tauladan!.tapi ada hati nak jadi laki orang.

    "Lelaki sejati tahu mempertahankan dirinya" 
    Ini yang selalu disalah anggap oleh kebanyakan lelaki melayu,nak mempertahankan diri kena ajak fight! dalam kepala tak ada benda lain fight! fight!.. bila jadi kes polis menangis-nangis....Perempuan Tahu tak apa yang perempuan melayu telah kehilangan? Lelaki yang tahu memimpin! lelaki yang tahu mempertahankan maruah dan nama baik keluarganya,lelaki yang tahu perempuan itu adalah kurniaan dan perhiasan terindah dari tuhan dan perlu dijaga rapi,lelaki yang tahu mempertahankan emosi kemarahanya,lelaki yang tahu dosa pahala.

    ps: Ada lelaki melayu yang panas punggung?







    Related Posts with Thumbnails
     

    Pengikut

    Belasungkawa

    My photo
    Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

    Blog ini ?

    Lihat ini

    Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.