rss

Sunday, December 26, 2010

>> Lelaki juga mual dengan sikap lelaki


 Lekat dekat kepala aku dengar ayat dari seorang perempuan dalam bas pagi tadi,
"entah-entah tambang bas ni pun mintak duit dekat mak,ada hati nak mengurat perempuan!"
...nah amik kau! dalam hati aku kata. Nak tergelak pun ada menyampah pun ada dekat lelaki-lelaki yang sah-sah melayu tu yang macam tak pernah tengok perempuan!

 Kenapa kebanyakan lelaki melayu macam ni?(tak kata semua)...
  
 Siapa kata lelaki tak gedik dan mengada-ngada ?. Bukan nak bela kaum perempuan ya! tapi memang aku setuju kalau ada perempuan cakap benda yang bukan-bukan tentang lelaki melayu.Banyak sangat kejadian-kejadian yang seakan-akan kejadian dalam bas tu berlaku,hampir dia mana saja tempat yang ada lelaki melayu yang kebanyakannya secara berkumpulan cuba menimbulkan situasi kurang menyenangkan keatas kaum permpuan.

 Mereka cuba menarik perhatian atau apa? "hai sorang je ke?","hai boleh berkenalan?".... ayat-ayat ni kita semua biasa dengar,dan mungkin tak berapa teruk untuk kita terima,tapi kalau ayat ni
"hai! sorang je ke? abang tak de ke? boleh ringan-ringan?
  Huh !? ... aku tak dapat bayangkan apa sebenarnya yang ada dalam kepala lelaki melayu yang berani keluarkan kenyataan macam itu.Apa yang lebih memualkan,kadang-kadang perempuan pun ada yang layan lelaki macam tu,bukan cemburu cuma tertanya-tanya kenapa?kenapa? dan kenapa?


 Bukan nak mengata kaum sendiri,tapi itulah realiti lelaki melayu zaman ni,bukan kah ada cara yang lebih sopan dan macho lagi untuk mengurat perempuan! kenapa misti denga cara begitu? aku tak mahu ulas tentang perempuan yang nak layan jugak lelaki macam tu,yang aku nak cerita adalah tentang lelaki yang tak senonoh macam tu,yang permpuan suka layan lelaki macam tu lantaklah,nanti dah kena tebuk baru nak menyesal...tak ada ayat lain yang aku boleh cakap,"padan muka kau!"

 Mengikut pengalam aku bercampur dengan lelaki-lelaki muka pecah dan tebal macam ni,yang aku dapat perhatikan perkara-perkara yang sering dibualkan oleh mereka ialah awek,dada perempuan,punggung perempuan,ringan-ringan dengan budak sekolah,angkut awek bawa pi jalan-jalan dan macam-macam lagi yang kebanyakanya ada kena mengena dengan perempuan punya  aset dan maruah.Aku yang lelaki ni pun boleh jijik mendengarnya macam mana ada perempuan yang boleh terima lelaki macam ni bulat-bulat.

 Tak keberatan kalau aku cakap kebanyakannya lelaki melayu memang lucah,dan sebagai balasanya aku dan lelaki-lelaki lain yang tak terlibat yang juga lelaki melayu ini terkena tempiasnya.

Bila tegur kawan kita buat pernagai macam tu ayat ini yang di hemburkanya:
"kau gay ke tak suka kat benda-benda macam tu! jangan bohong lah"
 Tegur suruh berhenti jadi jahanam pun kena ayat macam tu,memang dah tak boleh kena tegur agaknya budak-budak melayu ni.

 Di sini aku bukan nak bagitahu yang aku ni baik! sekali lagi aku tegaskan tidak! bukan itu niat aku.Apa yang aku ingin tegaskan disini ialah lelaki melayu kita sekarang sudah menjadi semakin jahanam,mereka tidak ada lain seks,seks,seks....lucah,lucah,lucah...! seperti apa yang aku beritahu tadi aku juga lelaki,dah tempiasnya juga kena dekat aku.Sampai bila kita yang lelaki melayu ini ingin melihat perempuan sebagai simbol seks dan boleh mempermainkan dia orang macam anak patung,sedangkan ada banyak cara lain yang jauh lebih beradab untuk merasa kenikmatan dunia itu!

ps:picit kepala,kadang-kadang tepuk dahi!




Tuesday, December 21, 2010

>> Website/Webblog paling mahal pernah di jual


Ditubuhkan : 1997
Tahun jualan : 2007
Anggaran harian bernilai : $27,397

Website UGO ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai Unified Gamers Online (UGO) oleh Chris Sherman.Action World Inc. membeli mereka dan memutuskan untuk menukar nama perniagaan menjadi UGO Networks, namun nama tersebut tidak bertahan lama dan sekali lagi diubah menjadi Online Underground. Akhirnya dijual kepada Hearst Corporation sekitar $ 100 juta.

Ditubuhkan : 2002
Tahun jualan : 2007
Anggaran harian bernilai : $49,315 

Fotolog diasaskan oleh Scott Heiferman pada tahun 2002, dan sayangnya laman web tersebut mulai mengalami masalah 3tahun kemudian pada tahun 2005 ketika jumlah pengunjung dan ahli memasuki websitenya. Website itu sendiri saat ini menerima lebih daripada 20 juta pelawat unik setiap bulan dan telah dijual kepada Hi-Media Group untuk jumlah sebanyak $ 90 Juta.

Ditubuhkan : 1999
Tahun jualan : 2007
Anggaran harian bernilai : $11,301

Consumersearch ditubuhkan oleh pengasas Derek grew dan Carl Harmaan pada tahun 1999.Website ini dijual dengan nilai yang agak tinggi sebanyak $33 juta

Ditubuhkan : 2005
Tahun jualan : 2010
Anggaran harian bernilai : $16,438





Blog ini pertama kali didirikan pada tahun 2005 oleh Michael Arrington, dan waktu pertama kalinya ia lancarkan di internet pada tarikh 11 Jun 2005. Agak menghairankan hanya dalam masa lima tahun seperti Michael telah mencipta sebuah website yang unik yang penuh dengan kandungan yang berharga dan berjaya menjual websitenya dengan jumlah sebanyak $ 30 juta kepada AOL.


  

Ditubuhkan : 2002
Tahun jualan : 2008
Anggaran harian bernilai : $13,698 

Paidcontent diasaskan oleh Rafat Ali, pada tahun 2002, dan pada dasarnya ia merupakan sumber dalam talian untuk maklumat, analisis dan berita. Rafat Ali pengasas website ini adalah seorang wartawan dan laman web itu sendiri di cipta dari pengalaman kewartawananya.Website itu akhirnya dibeli separuh sahamnya oleh Guardian Media Group sebnyak $ 30 Juta pada tahun 2008 namun Ali Rafat masih merupakan sebahagian dari orang penting website itu dan ketika ini bekerja untuk syarikat itu sebagai editor.

ps:siapa orang malaysia yang berjaya menjual website-nya dengan harga sebegini tinggi?

Friday, December 17, 2010

>> This is how "Exactly" How you'll make money from blog

>> 5 Manusia paling berpengaruh dalam web design

Berikut adalah 5 orang paling berpengaruh dalam dunia web design.Mengikut turutan dari no.1 ke no.5 penilaian hanya di buat oleh mata kasar Mohfi.

1. Fabio Sasso












Fabio’s Websites
Abduzeedo – http://abduzeedo.com
Fabio Sasso – http://fabiosasso.com
Zee – http://zee.com.br
Twitter – http://twitter.com/abduzeedo
-
Tentang Fabio Sasso

Fabio memiliki web designya sendiri,yang kebanyakanya meletakan hasil-hasil kerjanya sendiri contohnya web designya yang popular http://abduzeedo.com
Fabio juga memiliki syarikat web design beliau sendiri iaitu zee.com.br.

2. Collis Ta’eed












Collis’ Websites
Envato – http://www.envato.com
TutsPlus – http://tutsplus.com
-
Tentang Collis Ta’eed
Collis Ta'eed adalah pengasas / pencipta syarikat Envato.Mula mengenali Adobe Photoshop semasa di University dan menyedari itu adalah minatnya.Saat itu dia telah mencipta satu komuniti kreatif terbesar dalam talian.

Envato mempunyai banyak halaman dalam rangkaian, termasuk laman-laman tutorial, blog desain, media web dan pasaran kreatif seperti Flashden dan audiojungle. 

3.Vitaly Friedman












Vitaly’s Websites
Smashing Magazine – http://www.smashingmagazine.com
-
Tentang Vitaly Friedman
Vitaly adalah salah satu pengasas smashingmagazine.com yang agak popular,
Smashing Magazine adalah web design blog yang mempunyai lebih dari 130.000 pelanggan RSS dan di-host kan di 7 pelayan(servers).
Smashing Magazine merupakan salah satu komuniti bual bicara yang berbicara tentang blog dan design dalam talian untuk saat ini. Bagus Vitaly!


4.Matt Mickiewicz












Matt’s Websites
Sitepoint – http://www.sitepoint.com
-
Tentang Matt Mickiewicz
Matt adalah pengasas dan pencipta Sitepoint.com , Sitepoint.com adalah laman web online terbesar untuk para web designer dan pemaju web designer. Website beliau ada di bawah 1000 website atas talian untuk saat ini.

Sitepoint.com mempunyai forum yang sangat popular dan penggemar juga pasaran,dia juga menjual buku di web sitenya dan menjadi host utuk pertanding reka cipta website. 

5.David Leggett 












David’s Websites
Tutorial9 – http://www.tutorial9.net
UxBooth – http://www.uxbooth.com
The Leggett – http://www.theleggett.com
-
Tentang David Leggett
Mula mencipta laman web ketika umurnya 10 tahun,dan semenjak itu ia mula mencipta laman web blog yang hebat dikenali tutorial 9,dimana web blog tersebut mengajar tentang photoshop dan reka cipta website.

UxBooth juga adalah salah satu dari hasil kerja beliau dimana dalam website tersebut memberi ulasan dan sumber web percuma kepada pembacanya.

Ps: tertanya-tanya siapakah rakyat malaysia yang memiliki bakat seperti mereka ini?


















Thursday, December 16, 2010

>> Rapunzel

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Rapunzel dia memiliki rambut yang panjang, rambutnya yang bewarna perang itu jika dibelai sambil menyayikan lagu hikmat ia akan mengeluarkan satu kuasa aura sepanjang rambutnya,kuasa  tersebut mampu menjadikan yang tua kembali muda dan menyembuh penyakit,Rapunzel tinggal di sebuah menara yang tidak mempunyai tangga dan mempunyai satu tingkap di atasnya. Ceritanya amat terkenal dengan kata-kata ibunya(bukan sebenar) "Rapunzel, Rapunzel, turunkan rambut engkau." Nama Rapunzel telah diambil pada sekuntum bunga iaitu Bunga Rapunzel. Nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut pergi tonton tak rugi!

Mohfi kagum dengan karekter-karekter yang ada dalam cerita ni, lakonan dan jiwa memang hebat terutamanya karekter heronya Flynn memang bersahaja,ditambah lagi dengan kelucuan kuda askar diraja tu.Terfikir jugak patut dia buat cerita ni dalam animasi,kalau nak bikin filem ni guna pelakon sebenar dengan memek muka mintak maaf lah tak terfikir langsung siapa yang layak pegang watak-watak karekter dalam filem Rapunzel ni.Dialog-dialog dalam cerita ini disusun atur dengan baik untuk dijadikan lirik lagu,awalan cerita ini hingga pertengahan penonton akan disajikan dengan perbualan-perbualan yang tidak membosankan,Rapunzel juga filem animasi muzikal yang hebat !

Jadikan filem animasi Rapunzel ni ada dalam senarai tonton wayang anda !



Friday, December 10, 2010

>> 10 binatang baru paling pelik tahun 2010


Lintah T.REX
Raja lintah yang baru dijumpai dari hutan Peru Amazon,april 2010.
7 sentimeter panjang,mempunyai gigi yang sama besar seperti dinasour Tyrannosaurus rex.
baca lagi tentang Lintah T.REX : "'Tyrant King' Leech Discovered, Attacks Orifices."
















Sotong unggu baru?
Di temui dalam satu ekspedisi laut pantai Atlantik kanada,bulan julai.
lihat lagi gambar sotong unggu baru pictures: "'Spectacular' Deep-Sea Species Found off Canada."














Kelawar Yoda
Salah satu daripada 200 spesies yang ditemui selama dua ekspedisi saintifik ke Papua New Guinea pada oktober tahun 2009.
Lihat lagi pictures: "Tube-Nosed Bat, More Rare Species Found." 



Siput Ninja
Siput berekor panjang ini ditemui di pergunungan tinggi kalimantan,Malaysia pada bulan april
Lihat lagi pictures: "'Ninja' Slug, Longest Insect Among New Species." 





















Monyet bersin?
Spesis monyet baru ini ditemui pada bulan oktober di Myanmar.memiliki hidung pendek,mudah bersin apabila terdedah dengan hujan atau tempat sejuk.

Walaubagaimana pun penemuaan ini hanya dapat dinilai melalui foto yang diambil,penyelidik mendapati monyet ini telah mati dibunuh oleh pemburu tempatan sewaktu penyelidik datang kesana untuk membuat penyelidikan.
Monyet tersebut dipercayai dibunuh untuk dijadikan makanan.
Baca cerita penuh: "New Snub-Nosed Monkey Discovered, Eaten."















Ikan patin makan kayu?
Ditemui di hutan hujan Amazon,Santa Ana,Peru pada 2006.
lihat lagi gambar pictures: "New Armored, Wood-Eating Catfish Found in Amazon." 
















Kodok hidung panjang
Kodok ini memiliki hidung yang panjang seperti salah satu watak kartun dalam siri "THE SIMPSONS", Sepisis Amfibia ini ditemui pada bulan september di Colombia Barat.
Lihat lagi pictures: "'Mr. Burns' Toad, More New Amphibians Found."


Self Cloning Lizard
Di temui di salah sebuah restoren di Viatnam
Baca lagi: "New Self-Cloning Lizard Found in Vietnam Restaurant."














Squid Worm
National Geographic News melaporkan penemuan ini pada bulan November.
4 inci panjang.Menjadi ahli pertama dari sebuah keluarga baru di kelas Polychaeta cacing gelang.
Baca lagi: "'Flamboyant' New Squid Worm Surprises, Delights Experts."  















Pink HandFish
Menggunakan sirip untuk berenang dan berjalan.
Hanya 4 ekor yang ditemui di muka bumi ini,semuanya di perolehi di sekitar kawasan Hobart,di pulau Tasmania,Australia.
Lihat lagi gambar: "Nine Fish With 'Hands' Found to Be New Species."

Sumber 

Tuesday, December 07, 2010

>> Lahirnya stesen tv berunsur islamik TV ALHIJRAH

Satu lagi permulaan cantik dalam stesen penyiaran television Malaysia dengan kemunculan stesen televison TV AL HIJRAH yang mula bersiaran secara rasmi pada hari ini 1 Muharram 1432 bersamaan 7 Disember 2010,perasmiaan stesen TV ALHIJRAH ini di sempurnakan oleh YB Datuk Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Menariknya stesen TV ALHIJRAH ini menyiarkan kandungan pelbagai  platform media berlandaskan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Kesan Penubuhan TV AlHijrah
  • TV AlHijrah mampu memainkan peranan ke arah perpaduan masyarakat di negara ini selari dengan kehendak Islam yang menganjurkan perpaduan sejagat.  Kesemua bangsa tanpa mengira amalan kebudayaan, fahaman politik dan agama dikehendaki hidup saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
  • TV AlHijrah menyediakan masa yang cukup untuk penonton memilih program berunsurkan agama serta memberi slot waktu perdana untuk kandungan Islam.
  • Penubuhan TV AlHijrah adalah antara cara yang berkesan untuk memberi penjelasan yang berterusan dan berpanjangan mengenai Islam yang syumul yang diperkenalkan di negara ini.
  • TV AlHijrah memberikan pilihan terbaik kepada masyarakat Islam untuk menambah maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan Islam dan pengetahuan am.
  • TV AlHijrah menjadi sebuah institusi pendidikan Islam tidak formal yang akan membentuk keperibadian mulia umat Islam dengan penyediaan program-programnya yang menarik, berkualiti dan bermoral.
  • TV AlHijrah akan menjadi pemangkin ajaran Islam yang benar. Pelaksanaan ajaran Islam yang tidak betul adalah berpunca dari pengambilan maklumat dari sumber yang salah. Dengan itu masyarakat Islam hendaklah didedahkan seluas mungkin ajaran Islam sepertimana yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Mohfi.blogspot ingin mengucapkan tahniah diatas kelancaran perasmian stesen TV ALHIJRAH ini,diharap usaha murni untuk menyampaikan keindahan islam itu sampai dengan sempurna kepada keseluruh minda penonton Malaysia,diharap TV ALHIJRAH kental memperjuangkan dan mempertontonkan keindahan islam diseluruh Malaysia dan Negara.

Jangan nanti bila dah 3-6 bulan bersiaran rating tak naik2 dah mula nak bawa masuk drama2/filem2 dari luar yang tak berunsur islamik langsung dan bersifat kormesial semata2 masuk dalam intisari rancangan yang  tanpa ada unsur islamik hanya kerana nak tarik penonton,jangan perjudikan islam dan kalau boleh harap2 pengacara2 TV ALHIJRAH tahu jaga nama baik stesen berunsur islamik ini jangan dalam bersiaran tunjuk islam,tutup habis luar dedah2,jangan nanti selak pacaindera mingguan ahad(Utusan)ada tajuk "stesen TV berunsur islamik bergambar sambil memegang botol arak" atau " gambar pengacara Tv berunsur islamik dalam keadaan separuh bogel tersebar" kalau boleh kita tak ingin kes2 seperti ini berlaku,kat luar sana banyak wartawan/paparazi,jaga nama baik stesen TV yang berunsur islam ini baik2,pihak atasan TV ALHIJRAH perlu pantau hal ini,

ingat falsafah penyiaran TV ALHIJRAH ini:

TV AlHijrah akan bersiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammada SAW. Kandungan TV AlHijrah akan merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya.

Genre kandungan meliputi program kanak-kanak, remaja, wanita, sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan.

Misi
Menjadi stesen televisyen berkonsepkan Islam pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarakat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan.

Visi
Menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah, melalui siaran penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relevan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.
 Moga TV ALHIJRAH ini dapat bertahan lama dengan rating yang tinggi, mohfi.blogspot akan selalu support usaha mempromosikan islam ini.

TAHNIAH !

>> Grooveshark.com

listen.grooveshark.com
Grooveshark sekarang guna HTML5. Better performance. misti kena cuba ni.Dengar macam-macam lagu di seluruh pelusuk muka bumi ini secara percuma,buat radio internet percuma anda dan Search for free mp3's to stream.

 
 
Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.