rss

Saturday, February 19, 2011

>> Kerja Sabtu/Ahad macam bangla !

   "Bangla je kerja hari ahad"

   Pernah dengar ayat tersebut?. Siapa yang berkerja cari makan hujung minggu pasti terasa bukan. Sebelum Mohfi menelanjangkan lebih lanjut perangai buruk orang melayu kita yang suka memerli orang lain,pandang rendah atau cakap ikut sedap mulut dan tidak pedulikan perasaan orang lain ini ingin Mohfi kongsikan sedikit sabda junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. perihal tentang kerja,untuk mengambil hati orang-orang kita yang mungkin readers blog mohfi ini, yang selalu membanting tulang bekerja hingga hujung minggu untuk menyedapkan hati mereka termasuk Mohfi sendiri.
   
   Sabdannya :
"Barang siapa yang berkerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal,maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)


   Selain dari itu Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang bermaksud :
"Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu." (Riwayat Al-Baihaqi)


   Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah :286) 



   Nah!,adakah terlalu teruk mereka yang mencari rezeki yang halal pada hujung hari minggu? apa kaitanya masyarakat bangla dengan orang melayu yang berkerja hari sabtu/ahad? jika mereka berniat ingin bergurau ketika berkata begitu,Mohfi minta maaflah,Mohfi tidak sama sekali terima gurauan jenis begini!

   Jika benar sekali duit mereka banyak hingga tidak perlu kerja sampai hujung minggu,apa alasan munasabah mereka untuk berkata sedemikian? burgurau?.... huh!.Mohfi percaya mereka yang berkerja hingga hujung minggu sekali pun tidak meminta untuk berkerja lama seperti itu,semua ingin mudah,semua ingin bercuti bersama keluarga di hujung minggu,tetapi tanggungjawab yang utama patut di dahulukan,kerana gaji dari tempat kerja lah yang menyuapkan mulut mak,abah,anak,bini,awek,kawan,sedekah dan banyak lagi.

   Kerja itu wang! jika kerja hari sabtu/ahad macam bangla,jadi mereka yang suka mengata orang(provoke) itu macam apa? macam BODOHlah! bangla dia pandai,itu pasal mereka kerja sabtu/ahad,sebab wang!.Mengata orang dengan kerja sampai hari sabtu/ahad macam bangla dengan mencari wang hingga hari minggu,mana lebih elok? terpulanglah~

   Kepada mereka yang suka mengata "Bangla je kerja hari ahad" itu,Mohfi ada sedikit ubat tonik yang kalau diamalkan berterusan insyaAllah boleh sembuh penyakit mulut mereka itu!

ini ubatnya :
Menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan di perhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al-Muddaththir : 38)

Sanggup mereka bertanggungjawab dengan apa yang mereka kata kan?."-Mohfi

Saturday, February 12, 2011

>> Asyik-asyik salah lelaki !

   Pot Pet! Pot Pet! itu sahaja kerja dia.Seorang yang buka cerita,semua tak mahu kalah,hendak juga.Topik perbualan tak ada lain,asyik-asyik nak hentam kaum lelaki,itu lah risiko yang perlu di hadapai oleh kelompok minoriti yang berjantina lelaki ini.

   "Orang lelaki ni jangan bagi muka sangat,nanti dia pijak kepala kita ni ha~"

"iya lah tu~, jangan bagi muka kat lelaki yang tak ada rupa je sebenarnya kan,kalau lelaki ada rupa bagi body' pun kau sanggup!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)


    "Orang lelaki zaman sekarang ni,bukan boleh harap sangat,kerja malas,bergaya je lebih,lepas tu ada hati nak ngorat anak perempuan orang,duit bukan ada pun,nanti perempuan nak tanggung dia orang pulak!"

"iya lah tu~, tu pasal lah laki orang lain yang kaya pun kau sanggup lahap! kalau lelaki tak boleh harap, buat apa mengharap pada lelaki, jadi je lah single' sampai tua!, so tak payah lah pening-pening kepala kau nak fikir kan hal ni! siapa yang bodoh? lelaki ke? ke boyfriend ko jer yang tak boleh pakai? isu dia ntah apa-apa ntah!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)

   "Orang lelaki ni jangan percaya sangat,depan kita pijak semut pun tak mati,belakang kita dok mengayat betina lain!"

"iya lah tu~,kalau perempuan buat benda yang sama,cakap hak memilih pada mereka,mereka ada hak memilih bakal suami yang layak untuk menjaga mereka akan-akan datang, so aku tak nampak apa-apa isu besar di sini yang menyatakan lelaki tak ada hak memilih yang terbaik untuk mereka akan-akan datang! so isu dia tetap berpusing-pusing dekat situ kan! pi mai pi mai tang tu jugak...diam lagi baik!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)

   "Orang lelaki ni,kalau bagi peha nak betis,kau jaga-jaga sikit"

"iya lah tu~,yang kau bagi paha buat apa,bagi lah Al-Quran ke,sejadah ke,kan ke itu lebih bagus.Hahahah kidding! beri lah kasih sayang yang tidak melanggar batas,kalau kena dengan gayanya orang lelaki pun naik malu nak pegang perempuan!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)

"Jantina tak bersalah,yang bersalah adalah manusia itu sendiri,bukan jantina"-Mohfi

Monday, February 07, 2011

>> Jodoh,Tidak semua dengan manusia!

   Memang setiap makhluk mempunyai pasangan.Seperti apa yang semua ketahui,jodoh adalah ketentuhan tuhan.

   Setiap manusia yang sudah bertemu jodoh mungkin ini bukan persoalan besar dalam hidup mereka,akan tetapi bagi yang sedang mencari atau sedang meronta-ronta kesunyian,pasti jodoh antara topik yang sering dibicarakan di dalam hati mereka dan sering di-bualkan oleh mulut mereka.

   Setiap manusia berpasang-pasangan? iya itu betul tapi sebelum Mohfi berbicara lebih lanjut lagi,ingin Mohfi ingatkan,sila baca dengan hati dan minda terbuka,bukan niat Mohfi ingin memesongkan akidah atau mengubah apa yang tertulis dari yang maha berkuasa.

   Ada yang masih bayi lagi,baru berusia 3 hari,sudah meniggal dunia! siapa jodohnya?...
Ada yang jawab,jodoh/pasangan bayi tersebut ada di syurga.

   Ada remaja berusia 24 tahun,bujang,meniggal dunia akibat barah! siapa jodohnya?
Ada yang jawab,Tuhan lebih sayangkan dia..,(mana mungkin jodoh dia dengan tuhan bukan!)


   Sekali lagi Mohfi tegaskan!Bukan hendak menafikan apa yang tertulis...cuma kadang-kala persoalan-persoalan ini mengganggu fikiran kita,hingga timbul perasaan syak yang mampu meruntuhkan akidah kita sebagai muslim!

   Masakan tidak,contoh persoalan diatas pada yang cetek akal fikiranya pasti akan cuba menimbulkan keraguan.

   Mohfi harap ada di-antara kita yang masih mencari jodoh bersiap sedialah,dan terimalah jika jodoh kita sememangnya bukan dengan manusia di muka bumi ini! kenapa Mohfi berkata begitu? kemungkinan besar jodoh kita adalah benda yang kita tidak pernah ketahui rupa parasnya.
Contohnya:
    Seorang lelaki yang telah mencuba sedaya-upaya dengan 1001 cara dan tips untuk mendapat pasangan,bertahun-tahun lamanya,tak berhenti berdoa dan segala jenis sembahyang telah di lakukan,tetapi lelaki tersebut masih belum bertemu pasangannya,semakin hari semakin sunyi,semakin hari umur semakin berganjak.
   Apakah yang lelaki tersebut dapat?mana pasanganya? yang lelaki tersebut rasa hanya sunyi .... ya! sunyi itulah pasanganya!

   Kita mungkin di-takdirkan untuk bersama dengan perasaan sunyi yang mungkin pada awalnya membuatkan kita gelisah dan tidak keruan.Akan tetapi jika kita gunakan akal yang di-kurniakan oleh tuhan,kita akan dapat rasakan betapa nikmat-nya di jodohkan dengan perasaan sunyi ini.

   Bosan = Sunyi,itu bukan bentuk persamaan yang tepat,sunyi itu bukan bosan,sunyi itu indah.Sunyi yang tidak dikawal akan mengakaibatkan syaitan mudah menghasut kita,untuk mencari hiburan,tapi jika sunyi itu di gunakan dengan baik dan di anggap kekasih,kita akan benar-benar dekat dengan kekasih yang maha pengasih.

   Sedangkan orang yang ingin meminta petunjuk hendak mendapat jodoh juga disuruh sembahyang tahajjud pada waktu malam dalam suasana yang gelap & sunyi.Jika kita sudah hilang punca,arah,petunjuk dan sudah puas berusaha,Mohfi sarankan jangan berhenti berdoa tentang jodoh,andainya tidak ketemu lagi,walau sudah tua dan tidak berharta sangat (orang tua yang kaya memang laku lagi)terimalah seadanya ke-sunyi-an yang mungkin itulah jodoh kita.

   Biasa-biasakanlah diri itu dengan sunyi kerana dalam kubur kita bertemu sekali lagi dengan sunyi.


Teringat bait-bait lagu kumpulan DEF-GAB-C - Cinta sakti

Bintang pasangannya bulan,
Langit pasangannya bumi,
Malam pasangannya siang,
Apa pasangannya mentari.......?



Apa agaknya pasangan mentari ya? Mohfi rasa pasangan mentari alam semula jadi,sebabnya hidupan alam semuanya memerlukan cahaya mentari,betul tak? agaknya lah~


Memang selalu sunyi"-Mohfi

Saturday, February 05, 2011

>> Make-Up Perempuan,Lelaki tertipu!

   Apa yang ada dalam kepala anda tika baca tajuk entry ini?

   Bohong! jika di-tanya pada lelaki,apakah yang akan membuatkan lelaki zaman sekarang tertarik dengan seorang perempuan? kalau pertama sekali katanya hati,Mohfi berani kata BOHONG!...dalam 10 lelaki,mungkin 2 orang sahaja yang benar katanya.

   Mohfi percaya paras rupa antara aspek utama yang menjadikan seorang lelaki suka-kan seseorang perempuan.

   Pergi sahaja di-mana-mana shopping complax lihat perempuan-perempuan zaman sekarang dari remaja sampai-lah yang sudah berumur,hampir semuanya pandai bermake-up.Lambakan peralatan solekan di kedai-kedai membuktikan betapa gila-nya perempuan dalam hal-hal tata rias wajah ini.

   Persoalan-nya sekarang,adakah salah jika Mohfi mengketagorikan make-up sebagai sesuatu pembohongan terhadap lelaki?

   Pernah lihat perempuan make-up sebelum dan selepas? sila Google.Mohfi pernah bertanya kepada seorang perempuan yang pandai bermake-up & bergaya

"Agak-agaknya,kalau kau tak pakai make-up,macam mana yek?"

"macam ni lah! nape?"

"boyfriend kau suka ke kau,make-up tebal-tebal ni?"

"mistilah,besday hari tu dia bagi aku set make-up!"

"kalau dia tengok muka kau tak pakai make-up,agak-agaknya dia suka tak"?

"....................................................."

   Jika lelaki menyukai seseorang perempuan tika wajahnya cantik bermake-up,bagaimana akan-akan datang? adakah mampu bagi seorang perempuan bermake-up 24 jam selama perhubungan terjalin?

   Adakah lelaki mampu menerima wajah sebenar teman wanitanya sebelum make-up? Mohfi bukan-nya apa, cuma kadang kala terfikir bila lihat kuasa sebenar make-up ni,ia benar-benar merubah wajah sebenar seorang wanita dari kurang kepada lebih cantik (maaf bukan hendak menghina pemberian tuhan!) 

   Cuba lihat site ini http://www.facemaker.ca/page127.html
para lelaki suka yang sebelum atau yang selepas? agak-agaknya?

   Bayangkan,jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang dia tak pernah ketahui wajah sebenar di sebalik make-up perempuan itu! Bagaimana malam pertama? kalau tak make-up pun cantik,it's ok lah kan,kalau lepas tanggal make-up,lebih teruk dari wajah bermake-up yang sebelum ni laki dia selalu lihat,bagaimana? kena pula masa tengok muka bangun tidur waktu pagi....huh~ mengucap panjang.

Apa kata lelaki?"-Mohfi

Friday, February 04, 2011

>> Killer blog entry!

   Banyak kali Mohfi sudah berpusing-pusing blog-walking,merata-rata blog.Pertama sekali selepas singgah ziarah ke blog lain,Mohfi lebih tertarik untuk melihat tajuk-tahuk entry blog mereka.

   Kebanyakannya mengulang semula atau recycle' isu-isu tempatan & antarabangsa,dan majoritinya lebih suka menulis entry hal-hal peribadi yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka,dalam sekitar kejadian yang berlaku hanya 3-5 minit!.

   Juga terdapat entry yang hanya ingin beritahu apa yang sedang dia rasa tika itu "Aku sekarang gatal kat celah ketiak!...so susah nak fokus kat blog hari nie!...ok bye!".

   Secara peribadi,setiap kali Mohfi blog-walking ke blog-blog lain,Mohfi mencari entry-entry bersifat peribadi yang boleh Mohfi anggap entry paling killer sekali.Kenapa entry-entry yang bersifat peribadi? ini kerana majoritinya blogger memang akan menulis hal-hal peribadi mereka tak kurang juga perihal peribadi orang lain.

   Killer entry bersifat peribadi yang macam mana?

   Entry peribadi blogger-blogger yang cuba sampaikan sesuatu yang boleh membuatkan seseorang yang sedang membaca entry tersebut berada dalam keadaan 'WOW!',entry peribadi kehidupan blogger-blogger lain yang boleh dan mampu di kongsi,di hayati dan di pelajari bersama.Dan yang paling mohfi harapkan ketika membaca entry blogger lain ialah entry yang membolehkan Mohfi berfikir,so jadilah kita sebagai blogger-blogger yang ada otak dan berfikir!


   Tidak semistinya orang yang popular di dunia blog ini memiliki killer entry di dalam blog mereka.Kebanyakanya yang Mohfi lihat tajuk entry yang lebih di-manipulate-kan oleh blogger untuk ia kelihatan gempak tapi isi kosong!.Mohfi juga tidak bermaksud blogger yang mempunyai killer entry mampu drive tarffic lebih banyak ke blog mereka,ada blog yang mempunyai entry-entry sampah & picisan juga mampu menandingi blogger-blogger yang mampu menulis entry yang boleh di anggap killer! kenapa?

   Walaubagaimanapun Mohfi faham bukan mudah untuk menghasilkan killer entry yang boleh di sebarkan di dalam blog.Blog Mohfi sendiri masih ketandusan entry-entry yang boleh dianggap KILLER!

   Apakah killer entry blogger yang readers-readers' disini pernah terbaca? boleh kongsi link blog tersebut? dan apakah entry killer yang anda hasilkan dalam blog anda? kongsikan!.

Masih tercari-cari killer entry"-Mohfi

Thursday, February 03, 2011

>> Melayu pernah ada sekolah ke?

   Entah kenapa tiba-tiba Mohfi nak tulis entry macam ini.

   Dalam Malaysia ada :
  • Sek.Ren.Keb.(C)
  • Sek.Ren.Keb (T)
  • Sek.Men.Keb (C)
  • Sek.Men.Keb (T)
(C)=Cina (T)=Tamil

   Tapi kenapa kita tak ada :
  • Sek.Ren.Keb (M)
  • Sek.Men.Keb (M) 
(M)=Melayu

   Kononya kita bersatu,melayu tak mengasingkan diri dari bangsa lain?Kita ada Sek.Agama,tapi agama islam cina dan india pun ada yang masuk Sek.Agama kalau dia islam.

   Bersatu dekat sekolah,tapi politik berpecah belah! iye ke melayu menyatukan bangsa bermula dari sekolah?

   Just Curious~

Sekolah Pondok Kot !"-Mohfi

Tuesday, February 01, 2011

>> Kita bertuah

Be grateful of what you have..."-Mohfi

>> Kekasih ku kini sahabat

   Bukan Mohfi sahaja yang merasai dan mengalami nasib sedemikian,pasti ramai lagi diluar sana yang merasainya.Sesuatu yang kita tak mahu berlaku,akan berlaku,sesuatu yang kita mahu ianya berlaku,tak akan berlaku.

   Hujan selebat-lebatnya hari ini,dari mula Mohfi hendak pergi kerja,sampai balik kerja pun masih hujan lagi.Tak mengapalah,sedari kecil lagi sudah di-didik hujan itu rahmat!.

   Ikutkan siang tadi hendak pergi kerja sememangnya sungguh malas sekali,dengan hujan lebat,sejuk lagi,dalam kepala tak ada lain,fikir nak sambung tidur,annual leave masa tahun baru tak ambil lagi,huh~ kalau dah malas macam-macam ada dalam kepala!

   Tapi mengenangkan hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi waktu yang ada untuk Mohfi habiskan bersama seseorang yang Mohfi pernah anggap sebagai seorang kekasih waktu dulu,Mohfi kuatkan juga hati pergi kerja.

   Kekasih? yup! teman wanita Mohfi dulu.Kami berkerja di tempat yang sama.Bercinta dalam 3 tahun.Dia dah pun bertunang dengan orang lain,keluarga dia yang pilih.Menonggeng-nonggeng jugalah Mohfi tahun lepas,bila dia hantar SMS kata mak dia suruh bertunang dengan orang lain.Tapi atas dasar profesional,kita berkerja satu tempat,apa boleh buat,teruskan sahaja kerja seperti biasa.

   Sekarang Mohfi hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi dari tarikh dia nak melangsungkan perkahwinan,apa pun jadi hujan/salji,banjir atau apa jua bencana,Mohfi memang hendak habiskan masa dengan dia.Dia selalu tanya Mohfi,"tak marah ke kita buat Mohfi macam ni?".Awal-awal dulu memang marah,tapi fikir-fikir balik,biar hilang kekasih jangan hilang sahabat! dia seorang yang sangat memahami Mohfi,cuma,mungkin Mohfi tidak terlulis untuk dia.Tidak ada alasan kukuh langsung untuk Mohfi marah pada dia yang sah-sah hak milik Allah!

    Jauh di sudut hati Mohfi......................masih mengharap~


Kadang-kala cinta itu umpama bola,
Jauh di kejar,dekat di tendang"-Mohfi
    Related Posts with Thumbnails
     

    Pengikut

    Belasungkawa

    My photo
    Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

    Blog ini ?

    Lihat ini

    Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.