rss

Saturday, February 05, 2011

>> Make-Up Perempuan,Lelaki tertipu!

   Apa yang ada dalam kepala anda tika baca tajuk entry ini?

   Bohong! jika di-tanya pada lelaki,apakah yang akan membuatkan lelaki zaman sekarang tertarik dengan seorang perempuan? kalau pertama sekali katanya hati,Mohfi berani kata BOHONG!...dalam 10 lelaki,mungkin 2 orang sahaja yang benar katanya.

   Mohfi percaya paras rupa antara aspek utama yang menjadikan seorang lelaki suka-kan seseorang perempuan.

   Pergi sahaja di-mana-mana shopping complax lihat perempuan-perempuan zaman sekarang dari remaja sampai-lah yang sudah berumur,hampir semuanya pandai bermake-up.Lambakan peralatan solekan di kedai-kedai membuktikan betapa gila-nya perempuan dalam hal-hal tata rias wajah ini.

   Persoalan-nya sekarang,adakah salah jika Mohfi mengketagorikan make-up sebagai sesuatu pembohongan terhadap lelaki?

   Pernah lihat perempuan make-up sebelum dan selepas? sila Google.Mohfi pernah bertanya kepada seorang perempuan yang pandai bermake-up & bergaya

"Agak-agaknya,kalau kau tak pakai make-up,macam mana yek?"

"macam ni lah! nape?"

"boyfriend kau suka ke kau,make-up tebal-tebal ni?"

"mistilah,besday hari tu dia bagi aku set make-up!"

"kalau dia tengok muka kau tak pakai make-up,agak-agaknya dia suka tak"?

"....................................................."

   Jika lelaki menyukai seseorang perempuan tika wajahnya cantik bermake-up,bagaimana akan-akan datang? adakah mampu bagi seorang perempuan bermake-up 24 jam selama perhubungan terjalin?

   Adakah lelaki mampu menerima wajah sebenar teman wanitanya sebelum make-up? Mohfi bukan-nya apa, cuma kadang kala terfikir bila lihat kuasa sebenar make-up ni,ia benar-benar merubah wajah sebenar seorang wanita dari kurang kepada lebih cantik (maaf bukan hendak menghina pemberian tuhan!) 

   Cuba lihat site ini http://www.facemaker.ca/page127.html
para lelaki suka yang sebelum atau yang selepas? agak-agaknya?

   Bayangkan,jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang dia tak pernah ketahui wajah sebenar di sebalik make-up perempuan itu! Bagaimana malam pertama? kalau tak make-up pun cantik,it's ok lah kan,kalau lepas tanggal make-up,lebih teruk dari wajah bermake-up yang sebelum ni laki dia selalu lihat,bagaimana? kena pula masa tengok muka bangun tidur waktu pagi....huh~ mengucap panjang.

Apa kata lelaki?"-Mohfi

13 comments:

Brilliant Marjan on 11:50 PM said...

Salam..

Sebelum tu saya nak cakap,Good entri!!

Saya pernah juga terfikir hal ni walaupun sy seorang perempuan..tapi alhmdulillah rata2 sahabat lelaki yg sy kenal sukakn yg asli, natural beauty..cuma ada sorg je yg nak ubah segala-galanya. Ntah apa yg dilihat..huhuhu

~Simple sudah

adlin roshaida on 11:58 PM said...

setuju:D

s.y.a.r.q on 1:07 AM said...

make up yg simple sudah memadai... Tak perlu yg tebal sampai nmpk berbeza dari muka yg sebenar...

- pemilik tinta hati - on 3:17 AM said...

Salam alaik.
Saya setuju ngan pendapat ni. Jangankan lelaki,perempuan pun kadang-kadang tak gemar kaumnya mekap berlebih2..dah x natural.
Nilai dalaman yang mengatasi segalanya sebenarnya

Shila on 6:13 PM said...

bangun pagi2 pengsan dulu..

hahaha...

Ina on 10:05 PM said...

terpulang lar pada lelaki tu sendiri..kalau tak suka awek dier mekap cam cina opera..cakap lar...yang penting jujur bai..

cik emymilia on 10:21 PM said...

salam...

betul la tu mohfi...CE setuju dengan anda.

tak salah nak bermake-up tapi biarlah sekadar memadai untuk tampil nampak lebih kemas. Tak perlu tebal-tebal...

asli itu lebih menawan...he he

Udin on 11:00 PM said...

haha! menarik entry ni.. ;)

saiful on 10:23 PM said...

make-up ala kadar cukupla,aku lg suka yg natural beuty

czueka on 10:54 PM said...

sokong !
tapi still ada jugak lelaki yg minat gurls yg mekap tebal berinci2..
ta paham btol la :P

Roslyza Adyla on 7:04 PM said...

hehe. tp lelaki suka buat muka bangga bila dpt awek cun mekap tebal

D'OneNaz on 12:31 AM said...

ahahaa..iloike

Anonymous said...

actually, lelaki sendiri yang menentukan sama ada awekznye perlu makeup atau tidak.. kekadang lelaki selalu membohong pd si awekz..bila c aerkz tanya u mcm maner suke i makeup atau tidak? c manz jawab tak suke syg..i like when u have the natural beauty.. akan tetapi suatu hari di pasaraya, c manz tidak memberikan perhatian pd c awekz semasa berbual disebabkan ada awekz lain yang lalu dengan makeup 1000km kat muke..see.. nak blame kat sape?

Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.