rss

Sunday, March 06, 2011

>> Senyuman Seorang Sahabat

   Teringat Mohfi wajah Samad masa awek dia suruh masuk meminang dia cepat-cepat tahun lalu,memang pucat mengelabah muka dia masa tu,"duit aku tak cukup lagi weh!" bisik Samad pada Mohfi,bulan tu memang susah nak tengok Samad tersenyum,sakit kepala katanya.

   Mohfi juga teringat wajah Samad datang pada Mohfi beri tahu yang dia dah cukup duit dan sudah ada tarikh pun hendak melangsungkan perkahwinanya, Wow! berjaya jugak kau Samad,masa tu Samad senyum memanjang.

   Mohfi sudah mengenali Samad agak lama,dari tingkatan 4 hingga habis Diploma,dia seorang yang ceria,selalu tersenyum,duduk tunggu bas bawah pokok kena berak dengan burung gagak pun dia senyum,kalau Mohfi dah menyumpah-nyumpah dah!

   Mohfi sekarang sedang bercerita tentang senyuman seorang lelaki yang bernama Samad.

   Pagi rabu lepas,2 march 2011,Samad call' Mohfi suruh temankan dia di Hospital Besar Kuala Lumpur,isteri dia dah nak bersalin.Samad tak temankan isteri dia masa bersalin,"aku nak pitam" katanya,nampak jelas benar ketakutan Samad masa tu,tak tahulah Mohfi apa yang dia takutkan sebenarnya,takut pasal nyawa isteri dia/kandungan,atau takut dengar isteri dia meraung-raung,entahlah apa yang ada dalam kepala dia Mohfi tak tahu,maklumlah Mohfi tak pernah melalui situasi itu.

   Selesai isteri Samad bersalinkan bayi lelaki yang sangat comel,Mohfi dapat lihat sesuatu pada Samad yang selama ini sememangnya Mohfi tidak pernah lihat sepanjang kami kenal mula dari tingkatan 4 dulu,Melihat senyuman Samad setelah selesai meng'azan'kan anak dia yang baru lahir itu,terukir satu senyuman yang benar-benar tidak pernah Mohfi lihat selama ini,senyuman itu sangat-sangat berbeza.

   "Aku tak pernah tengok kau tersenyum macam tu Samad"

   "tersenyum macam maner?"

   "Tersenyum macam sekarang ni!"

   "Kenapa dengan senyuman aku?"

   "Tak ada apa-apa...Tahniah Samad !"

   Mohfi tinggalkan samad di sana dengan satu persoalan pada diri sendiri,adakah seorang lelaki akan mengukirkan senyuman yang sangat berbeza tika menyambut kelahiran anak pertama? Percayalah senyuman yang terukir pada Samad benar-benar berbeza,sukar untuk Mohfi jelaskan,senyuman jenis apa yang Mohfi cuba sampaikan,sukar di mengertikan!.


Teringin juga hendak tersenyum seperti Samad"-Mohfi
Related Posts with Thumbnails
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.