Pernah dengar ayat tersebut?. Siapa yang berkerja cari makan hujung minggu pasti terasa bukan. Sebelum Mohfi menelanjangkan lebih lanjut perangai buruk orang melayu kita yang suka memerli orang lain,pandang rendah atau cakap ikut sedap mulut dan tidak pedulikan perasaan orang lain ini ingin Mohfi kongsikan sedikit sabda junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. perihal tentang kerja,untuk mengambil hati orang-orang kita yang mungkin readers blog mohfi ini, yang selalu membanting tulang bekerja hingga hujung minggu untuk menyedapkan hati mereka termasuk Mohfi sendiri.
Sabdannya :
"Barang siapa yang berkerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal,maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)
Selain dari itu Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang bermaksud :
"Mencari kerja yang halal itu adalah fardhu selepas fardhu." (Riwayat Al-Baihaqi)
Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah :286)
Nah!,adakah terlalu teruk mereka yang mencari rezeki yang halal pada hujung hari minggu? apa kaitanya masyarakat bangla dengan orang melayu yang berkerja hari sabtu/ahad? jika mereka berniat ingin bergurau ketika berkata begitu,Mohfi minta maaflah,Mohfi tidak sama sekali terima gurauan jenis begini!
Jika benar sekali duit mereka banyak hingga tidak perlu kerja sampai hujung minggu,apa alasan munasabah mereka untuk berkata sedemikian? burgurau?.... huh!.Mohfi percaya mereka yang berkerja hingga hujung minggu sekali pun tidak meminta untuk berkerja lama seperti itu,semua ingin mudah,semua ingin bercuti bersama keluarga di hujung minggu,tetapi tanggungjawab yang utama patut di dahulukan,kerana gaji dari tempat kerja lah yang menyuapkan mulut mak,abah,anak,bini,awek,kawan,sedekah dan banyak lagi.
Kerja itu wang! jika kerja hari sabtu/ahad macam bangla,jadi mereka yang suka mengata orang(provoke) itu macam apa? macam BODOHlah! bangla dia pandai,itu pasal mereka kerja sabtu/ahad,sebab wang!.Mengata orang dengan kerja sampai hari sabtu/ahad macam bangla dengan mencari wang hingga hari minggu,mana lebih elok? terpulanglah~
Kepada mereka yang suka mengata "Bangla je kerja hari ahad" itu,Mohfi ada sedikit ubat tonik yang kalau diamalkan berterusan insyaAllah boleh sembuh penyakit mulut mereka itu!
ini ubatnya :
Menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan di perhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al-Muddaththir : 38)
Sanggup mereka bertanggungjawab dengan apa yang mereka kata kan?."-Mohfi
23 comments:
saya setuju ngan ape y awk tulis lam entry ni..manusia ni suke memerli merli kan tanpa hiraukan perasaan org len..pk la sebelom bckp tu cube kite letakkan dri kite kat tmpat mereka itu..perlian tu kdang2 mbuatkan seseorang tu down..
aku pun memang tetiap minggu kerja hari sabtu ahad. biasa nya yang tak bersyukur la selalu cakap macamtu. kononnye dia keje goverment, tak yah keje hari minggu. aihh..mentaliti sangat cetek la..
hmmmm kesiannn....xde cuti ke
kerja hari ahad ke, sabtu ke, asalkan mencari rezeki halal, biasanya, org yang rajin ni akan berjaya........ sata suka tengok org rajin.......
sabar2...nama pon bukan mulut tempayan leh maen tutup.. What ver pon... Allah SWT itu maha segala2nya..
hmmmm3.... tak baek dorang bergura atau menghina macam tu....
Setuju sgt!!!
terima kasih kerana mengingatkan....
Muhd Fadil...saya pun keje goverment juga tapi saya keje sampai hujung minggu.sabtu ahad keje nak cari duit utk anak-anak.orang yang cakap "bangla je kej sabtu ahad" ni orang yang kurang cerdik & x pikir orang lain.
jangan merunggut....keje tuh kan ibadah.jangan keje haram sudah.
setuju dengan entry ni..sangat terasa hati bila ada yang cakap macam tu...setiap orang ada funginya masing2..kalau tanpa kami yang bekerja tanpa mengira hari minngu atau hari cuti, mungkin keseronokan kamu2 yang bercuti di hari minggu tu akan hilang.
uishh2,tak patut betul laa mulut lancang ni ye...:)
terasa dan setuju sgt!!!! pernah gak de org ckp cmni kt sy.. tp de sye kisah?? bangla dia nye pasal la kan.. nape nak same kan kite dgn bangla..?? diorang tu dah sah2 la mmg dtg cni nk cri makan n cri duit lbih..dat's y la kna kja smpi hjung mggu..tp kite bukan mntak pun nak keje sampai hjg mggu..msing2 de fmly sndri tp klau dah keje kite nak wat mcm mne kn..kna la tunaikan tggjwb kte..
nurse pon keje ahad...xsetuju dgn org2 yg cakap camtuh! huh~
bile la dorang yang suka cakap macamni nak berubah kan?
kite keje halal ni yang dikutuknya, yang buat keja haram apesal tak tanye..
totally agree.. thumbs up!
kte mmg kene ubah pemikiran kte yg sempit ni, contohi baginda rasulullah yg berfikiran jauh tu.. tak cepat melatah, tak mudah nilai org dr ape yg kite nampak..
sy suke perkongsian ni.. tq!
betol3..sgt stju! bnda baek diorg nak perli..benda x baek x reti nak tegah? sbb tu la kita jd camni...
aihh.. melawak ja tu.. hehehe...
manusia ni memang... terasa fda... sebab fda kena g ngajar gak sok utk kelas sejarah student f5... :((
jemput singgah blog fda. ada entry pasal pahala terakhir seorang isteri
bak kate upin&ipin "btul³!" stuju sgt²..
suami akak..ketua mekanik..kerja..kerja..kerja..tak kira hari apa pun..
terkadang tuh bangun jam 3 atau 4
pagi sambung buat kerja..
memang tensen...
itu belum campur sabtu ahad der..
biarkan org berkata asalkan rezeki kita cari tu halal.. agak teruk la kalau gurauan mcm tu..
abg jgan lupa buat entry klau nk join..
baca balik..
tak payah tulis panjang2..
letak je banner mamat dalam entry tu..simple...dan mamat akan review..
Post a Comment