rss

Monday, January 17, 2011

>> Berkenaan Jumlah perempuan dan lelaki

Perangkaan penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai daripada jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11) dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak daripada lelaki.

   Pergi ke mana saja,lihat sekeliling kita,perempuan memang ramai berbanding lelaki.Sama juga di tempat kerja Mohfi,memang perempuan yang lebih dari lelaki tak kira lah dari top managemant sampailah ke pekerja-pekerja bawahan ni (kecuali pengawal keselamatan)memang majoritinya orang perempuan.Kemanakah perginya orang-orang lelaki? tak bukan itu yang nak Mohfi persoalkan sekarang.

    Persoalan yang selalu bermain difikiran Mohfi ialah berkenaan dengan status perempuan-perempuan yang jumlahnya melebihi lelaki ini.Mengikut perbualan Mohfi dengan rakan-rakan perempuan (di tempat kerja) yang berusia dalam lingkungan 19-30 tahun berkenaan dengan status mereka,hampir kesemuanya mengaku sudah mempunyai teman lelaki!

   Persoalan yang bermain di fikiran Mohfi ialah jumlah perempuan lebih ramai dari lelaki jadi kenapa hampir kesemua perempuan mengaku mereka ada teman lelaki?

contohnya :
  Dalam bilik (umpamakan-nya seperti bumi) memiliki 5 orang perempuan & 2 orang lelaki,4 orang perempuan mengaku sudah ada teman lelaki,hanya seorang lelaki yang mengaku sudah ada teman wanita,lelaki lagi satu berkata belum mampu untuk ada teman wanita!

   Begitulah lebih kurang persoalan yang bermain di dalam kepala Mohfi,ada 2 orang lelaki sahaja,tetapi 4 daripada 5 orang perempuan berkenaan mengaku ada teman lelaki.Maksudnya?

   Dari apa yang pernah Mohfi bersembang kosong dengan orang-orang perempuan dari tempat kerja/luar kerja,memang mudah dengar orang perempuan ni bercakap tentang teman lelaki mereka,atau mereka ini sebenarnya mangsa kayu tiga? mangsa terkena ayat manis suami orang lain yang difikirkan bujang?atau mangsa keadaan sekeliling yang menuntut dia orang menipu untuk mengelak malu atau maksud lebih mudahnya kawan ada,dia pun nak jugak!(tak nak kalah)

   Mohfi punya minda dah terasuk dengan jawapan-jawapan yang mungkin agak nakal atau tak semenggah bagi orang-orang perempuan,jadi disini Mohfi ingin bertanyalah jika ada mana-mana perempuan yang membaca tentang topik ini sila lah tinggalkan komen anda.

    Jawapan yang ada dalam kepala Mohfi ialah kebanyakan perempuan malu untuk mengaku yang mereka tidak/masih belum ada teman lelaki ! Benarkah itu?
  
   Hinggakan Mohfi sendiri tak tahu yang manakah perempuan yang masih belum berpunya,semua mengaku sudah berpunya(ke bila mohfi je tanya dia orang kata begitu,sebab nak mengelak,entahlah!),jadi susah lah Mohfi nak mengurat,takut-takut betul orang lain punya,tak mahu la nak kacau orang lain punyakan!

Sejujur-jujurnya Mohfi sendiri belum ada teman wanita",-Mohfi (promote sikit mana tahu laku kat sini!)

8 comments:

elieynz on 9:18 AM said...

asyik muka aku ja yang comment ni... hehe... saya dengan bangganya mengaku TIDAK ADA TEMAN LELAKI!! betulka ada yang tak nak mengaku? dasyatnya.

mohfi on 11:33 PM said...

elieynz mmg betul ada yg tak mengaku...huhuhuhu....susah betol nk tahu sape yg ada n tak ada!

nuraishah_abuhasan on 4:47 AM said...

salam wbt..

malu mengaku single, atau tak ngaku sdah berpunya actually depends pd org..

pd yg single, ikut la baya mereka berapa.. if dah agak tua, maybe dorg malu sbb masih belum bernikah ataupun takut digelar anak dara tua..

bg yg umur around 20 tu, maybe dorg malu nk mengaku single sbb dorg sebenarnya takut.. masih ada kwn2 sy yg 'kaget' bila ada yg nk berkenalan.. ini mungkin sbb tak pnah kepel.. kena tgk latar blakang org gak arr..

bg yg dah kapel lak, ada 2 jenis golongan.. 1st, yg tak ngaku dah berpunya.. ada yg jenis penipu tu dah kapel kata single. tak setia, tamak dan nk keseronokan shj.. jenis ni, jgn dicari ye..

2nd, yg ngaku terus terang dh berpunya.. sbb dia pk hati ni tak leh main2.. kot2 ada org berkenan, then bru dpt tau dia sbnarnya dh ada bf, tak ke naya nnti makan ulam jangtung org tu..

so basically, dlm hub ni kena jujur.. jgn menipu, setia.. kalau suka ckp suka, kalau tak suka, tolak cr baik.. jgn bg harapan kat org tu.. takut nanti kecewanya lebih teruk.. bila dah dapt, hargailah dia.. ^_^

pandangan saya..
wallahua'lam

*to mohfi, sila2 cr calon isteri solehah ye.. yg membahagiakan dunia akhirat.. moga ketemu nanti hendaknye..

fuh, rekod komen terpanjang.. huhu

mohfi on 8:36 PM said...

nuraishah_abuhasan comment panjang2 tu...jadi apa pengakua tuan yg commentu yek? dah berpunya ke blom? hu hu hu hu hu~

mohfi on 8:37 PM said...

nuraishah_abuhasan comment panjang2 tu...jadi apa pengakua tuan yg commentu yek? dah berpunya ke blom? hu hu hu hu hu~

nuraishah_abuhasan on 10:09 PM said...

Dah berpunya.. But it's complicated..

mohfi on 1:26 AM said...

apa yg complicated tu...cuba lah story skit kat blog!

nuraishah_abuhasan on 12:14 PM said...

blog?? in public? oh tidakkk... biarlah rahsia.. chewwah. cam siti lak..

nantilah, sy tgh usaha.. mnta jawapan dr Allah.. rsnya itu yg terbaik.. berbalik pd DIA.. huhu..

Related Posts with Thumbnails
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.