rss

Tuesday, January 17, 2006

>> Bila Lelaki Menangis

Merasakan diri begitu sakti,
ego di diri tegak meninggi,
pantang di cabar, pasti berkelahi,
itulah lelaki ya! itulah lelaki.


Gagah mana pun seorang lelaki,
pasti tertewas dengan sang puteri,
tidak tenang di hati tanpa sang puteri,
itulah lelaki ya itulah lelaki.


Mentari terbit menerangi,
mentari terbenam jua pasti,
kegelapan pula menyelubungi,
bulan mula menunjukan diri,
lelaki itu tidak memahami,
kehendak si puteri tak di hajati,
membuat kan hati si puteri mati.


Rajuk si puteri tidak di pandang,
ego si lelaki buas bagai seladang,
bimbang si puteri tidak bertandang,
rajuk di pujuk dengan kain selendang,
harapkan si puteri kembali bertandang,
rayu pujuk si lelaki tidak di pandang,
berapi di hati bagai nak bagi penendang.


Lelaki harus mengambil peluang,
patut melayan bak puteri gunung ledang,
jangan hanya menduga tanaman sentiasa segar di ladang,
kalau tak di jaga belalang pun tak sudi bertandang,
jiwa kini kecundang,
hanya lagu jiwang yang berdendang.


Mengharapkan si puteri kembali,
hampir sudah tidak pasti,
jangan hanya merasakan diri itu sakti,
jangan tegak kan ego di diri begitu tinggi,
si puteri mulai pergi,
tangisan mula menemani.


Bila lelaki menangis,
hilang semua ego yang sinis,
jangan cuba hendak mengemis,
walau pun air mata mengalir menitis-nitis.


Bila lelaki menangis,
tangisan tak dapat di lukis,
kebangsatan diri tak dapat di hakis,
baru ego hendak di kikis.

7 comments:

masviona on 1:39 PM said...

greats..sungguh bestlaa sajak nih

fariza zulaika on 10:52 AM said...

menarik..

amira afiqah bt mohd yusof on 2:11 AM said...

suka en3 ni ;DD

aishah on 9:09 AM said...

haha..kiut je...teringin nak tengok llki menangis sbb ppuan....
sbb sll tgk ppuan..sbb sll tgk ppuan mnangis sbb llki..

Syukri Mohtar on 9:34 PM said...

menarik...sajak ni..

AyieOthman on 12:23 AM said...

mintak copy yea sikit. :)

mmz on 6:15 PM said...

hebat..!! :)

Related Posts with Thumbnails
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.