Bila ada perempuan tengah susah hati,sedang susah atau sedih,nak bagi pertolongan atau nasihat pun takut,nanti cakap nak jadi hero dalam diri diaorang konon! isk~.
Susah nak mulakan sesuatu dengan orang perempuan ni,serba salah jadinya.hendak buat betul pun boleh jadi salah,buat benda salah pun boleh pulak jadi benda betul!.
Pagi tadi ada seorang kawan perempuan beri tahu Mohfi,katanya ada seorang budak perempuan cakap yang Mohfi ni sombong! "rasanya dia suka kat kau lah! tapi dia kata kalau dia bertembung ngan kau, kau buat bodoh je" Aku sombong? WHAT!~..................
Mungkin pengalaman hidup Mohfi yang membuatkan Mohfi agak sedikit kurang dengan kaum-kaum hawa ini.Bukan pengalaman pernah di kecewakan oleh perempuan dalam percintaan,tapi dalam kehidupan Mohfi seharian yang sudah mencecah angka 27 tahun ini banyak perkataan-perkataan yang membuatkan Mohfi kurang yakin untuk berdepan dengan perempuan.(akan-akan datang mohfi ceritakan kisah itu)
Pada Mohfi, terlalu banyak kekurangan yang membuatkan Mohfi terlalu takut untuk berdepan dengan perempuan.Mohfi kerja sebagai 'promoter' kasut,gaji cukup-cukup makan sahaja,kereta/motor langsung tak ada,yang ada lesen L,harta Mohfi paling mahal ialah Komputer yang amat setia bersama Mohfi tika waktu lapang ni.Bosan kan! memang ada perempuan yang cakap Mohfi ini membosankan~
Bukan tak ingin bergaul dengan perempuan-perempuan di sekeliling Mohfi,tapi Mohfi betul-betul takut nak bercampur dengan mereka,takut-takut kalau dalam-dalam tengah bercampur itu,tiba-tiba datang perasaan suka/sayang/cinta pada salah seorang perempuan-perempuan yang ada itu.
Dalam keadaan hidup Mohfi yang membosankan ini,tak kan lah Mohfi hendak kongsikan kehidupan Mohfi yang membosankan ini dengan perempuan,kesian pulak bila fikirkan perempuan mana yang suka kat Mohfi itu.
Rasanya sudah beratus kali Mohfi tolak/buang perasaan jatuh cinta dengan perempuan,setiap kali ternampak atau tersuka kat perempuan,cepat-cepat Mohfi fikir benda lain.Takut ter-jatuh cinta.
Bayangan yang ada dalam kepala Mohfi jika ter-jatuh cinta dan di cintai oleh mana-mana perempuan,sangat teruk! rasa macam menganiya anak gadis orang lain.
Ada yang cakap Mohfi pengecut,tak jantan,tolak tuah dan macam-macam lagi ayat seumpamanya.Tapi Mohfi perSETANkan sahaja ayat-ayat mereka
Cukuplah bersosial dengan perempuan-perempuan yang ada blog ni.Buat masa ini,itu sudah cukup dan memadahi pada Mohfi.
Ya Allah,aku Mohfi memohon pada mu,jika aku belum cukup baik/elok untuk mana-mana hamba perempuan mu,janganlah engkau hadirkan perasaan cinta/kasih dan sayang aku kepadanya,begitu juga janganlah engkau hadirkan perasaan cinta/kasih dan sayang pada hati mana-mana hamba perempuan mu terhadap diri ku ini ya Allah.Amin~"-Mohfi
7 comments:
terbaik lah mohfi!!
amin,,ha3,,sush nk jmpe org mcm mohfi skrg nh,,jgn risau bro,,laki2 baik untuk perempuan yg baik,,:)
Jom sama-sama up traffik,,!!
takut ter-jatuh cinta..emm..
btul jgak kan..asal berkwan mesty ada feeling gtu..hehe..
sebenarnya tak semua prmpuan itu tak ok..ada ja yg ok..jdi take it easy k..setiap ciptaan-Nya ada kelebihan yg tersendiri..
tema dya kat cni..juz nak ckp..like artikel ni..hehe..
hurm...salute lah kat mohfi..
jodoh mohfi yg sebetulnye belum dtg lagi..tak ape..
dgn izin allah nnt....
uish..jngan la smpai macam tu. insyaALLAH, akan ada satu masa, ALLAH akan hadirkan pmpuan yg sesuai untuk Mohfi n memahami serta menerima mohfi seadanya :)
aper kes ni??? x paham....anyway.....hye~~~~hahahaha
wah mohfi. ade peminat seyh! cayalah. market boh.
Post a Comment