rss

Monday, February 07, 2011

>> Jodoh,Tidak semua dengan manusia!

   Memang setiap makhluk mempunyai pasangan.Seperti apa yang semua ketahui,jodoh adalah ketentuhan tuhan.

   Setiap manusia yang sudah bertemu jodoh mungkin ini bukan persoalan besar dalam hidup mereka,akan tetapi bagi yang sedang mencari atau sedang meronta-ronta kesunyian,pasti jodoh antara topik yang sering dibicarakan di dalam hati mereka dan sering di-bualkan oleh mulut mereka.

   Setiap manusia berpasang-pasangan? iya itu betul tapi sebelum Mohfi berbicara lebih lanjut lagi,ingin Mohfi ingatkan,sila baca dengan hati dan minda terbuka,bukan niat Mohfi ingin memesongkan akidah atau mengubah apa yang tertulis dari yang maha berkuasa.

   Ada yang masih bayi lagi,baru berusia 3 hari,sudah meniggal dunia! siapa jodohnya?...
Ada yang jawab,jodoh/pasangan bayi tersebut ada di syurga.

   Ada remaja berusia 24 tahun,bujang,meniggal dunia akibat barah! siapa jodohnya?
Ada yang jawab,Tuhan lebih sayangkan dia..,(mana mungkin jodoh dia dengan tuhan bukan!)


   Sekali lagi Mohfi tegaskan!Bukan hendak menafikan apa yang tertulis...cuma kadang-kala persoalan-persoalan ini mengganggu fikiran kita,hingga timbul perasaan syak yang mampu meruntuhkan akidah kita sebagai muslim!

   Masakan tidak,contoh persoalan diatas pada yang cetek akal fikiranya pasti akan cuba menimbulkan keraguan.

   Mohfi harap ada di-antara kita yang masih mencari jodoh bersiap sedialah,dan terimalah jika jodoh kita sememangnya bukan dengan manusia di muka bumi ini! kenapa Mohfi berkata begitu? kemungkinan besar jodoh kita adalah benda yang kita tidak pernah ketahui rupa parasnya.
Contohnya:
    Seorang lelaki yang telah mencuba sedaya-upaya dengan 1001 cara dan tips untuk mendapat pasangan,bertahun-tahun lamanya,tak berhenti berdoa dan segala jenis sembahyang telah di lakukan,tetapi lelaki tersebut masih belum bertemu pasangannya,semakin hari semakin sunyi,semakin hari umur semakin berganjak.
   Apakah yang lelaki tersebut dapat?mana pasanganya? yang lelaki tersebut rasa hanya sunyi .... ya! sunyi itulah pasanganya!

   Kita mungkin di-takdirkan untuk bersama dengan perasaan sunyi yang mungkin pada awalnya membuatkan kita gelisah dan tidak keruan.Akan tetapi jika kita gunakan akal yang di-kurniakan oleh tuhan,kita akan dapat rasakan betapa nikmat-nya di jodohkan dengan perasaan sunyi ini.

   Bosan = Sunyi,itu bukan bentuk persamaan yang tepat,sunyi itu bukan bosan,sunyi itu indah.Sunyi yang tidak dikawal akan mengakaibatkan syaitan mudah menghasut kita,untuk mencari hiburan,tapi jika sunyi itu di gunakan dengan baik dan di anggap kekasih,kita akan benar-benar dekat dengan kekasih yang maha pengasih.

   Sedangkan orang yang ingin meminta petunjuk hendak mendapat jodoh juga disuruh sembahyang tahajjud pada waktu malam dalam suasana yang gelap & sunyi.Jika kita sudah hilang punca,arah,petunjuk dan sudah puas berusaha,Mohfi sarankan jangan berhenti berdoa tentang jodoh,andainya tidak ketemu lagi,walau sudah tua dan tidak berharta sangat (orang tua yang kaya memang laku lagi)terimalah seadanya ke-sunyi-an yang mungkin itulah jodoh kita.

   Biasa-biasakanlah diri itu dengan sunyi kerana dalam kubur kita bertemu sekali lagi dengan sunyi.


Teringat bait-bait lagu kumpulan DEF-GAB-C - Cinta sakti

Bintang pasangannya bulan,
Langit pasangannya bumi,
Malam pasangannya siang,
Apa pasangannya mentari.......?



Apa agaknya pasangan mentari ya? Mohfi rasa pasangan mentari alam semula jadi,sebabnya hidupan alam semuanya memerlukan cahaya mentari,betul tak? agaknya lah~


Memang selalu sunyi"-Mohfi

19 comments:

nuraishah on 7:46 AM said...

Benar sunyi itu indah..
Terutamanya sunyi bersama Allah..
Terus yakinlah.. Bersangka baik padaNya.. Hal dunia hanya sementara..
Di sana yang abadi..
Yang itu yang kita cari..
Ketenangan abadi..
InsyaAllah.. Satu hari nanti..
^__^

Halimatun Sa'adiah on 8:45 PM said...

lagu salem lak ckp..
keSUNYIan ini terlalu indah walaupun pahit utk menelan....
kdg tu kite lalui jgaksaat2 keSUNYIan tu kn??

fara feroza on 8:49 PM said...

menarik entry ni... seronok baca...

tapi kan sedih kalau sunyi adalah jodoh kita... bukan ke lebih menarik bila jodoh dengan manusia dan kebisingan anak2 satu hari nnti ...

tp mesti ada hikmah kenapa kita tiada jodoh dengan manusia di dunia ini..:)

betul2 facebook tak boleh bukak ni

rainoserez on 9:45 PM said...

menarik..!

Sire Johhny Deep on 2:39 PM said...

sunyi tu motivasi...
entry yang menarik.. Pakcik suka..
kikiki!!

Tuan Penasihat on 2:28 AM said...

hmmmm...
menarik untuk dikongsi dan difikirkan bersama.
hanya allah yang lebih mengetahui kenapa diduga hambanya tanpa pasangan. cuma diharap tidak terlalu tertekan sehingga menyalahkan takdir.

Anonymous said...

wah2!!
(ni je aku mmpu cakap)huhu

idafirdausi on 3:12 PM said...

nice entry.. tapi cam sedih la pulak..

kpah k-poh Sharifahnor on 6:47 PM said...

nanti bila dah kawen...tak sunyi lah...

.Dilla Nur. on 9:41 PM said...

insyaAllah jodoh itu ada...cume kta xtau bla je...mungkin xde jodoh kita kat dunia..tp ada di syurga...yg penting cara kita meredhainya...bersangka baik pada Allah, insyaAllah hati tenang dan takkan sunyi~

Ukhtifarhana on 10:31 PM said...

jodoh itu rahsia Allah..

tomatokering on 3:40 PM said...

sokong anna cakap . jodoh rahsia allah . :)

nice entry mohfi :)

Luqman Zakaria on 6:03 PM said...

arep follow kamu!

dLa Suri on 6:22 PM said...

yup yup, sokong jodoh itu rahsia allah :)

Itu Aku on 8:52 PM said...

entry yg best
jodoh rahsia Allah
jodoh sy camne ye..
:)

wanacesh on 6:55 AM said...

sedih jer dgr pasal sunyi tu,,Mohfi sunyi ker? Smoga anda termasuk dalam kalangan sunyi yg merindui sang Pencipta,,insyaallah jodoh Mohfi pun yg terbaik Dia beri,,nice entry =)

Jom Kepung Dia!

yaya_flanella on 9:23 PM said...

nice one. saya sukaaa~ :')

Naz Zara on 11:55 PM said...

hanya allah jer yang tau kan.. mungkin ada org lbh baik tiada pasangan drpd hidup siksa bersama pasangan..
wallahualam :)

Optimus Prime said...

ya naz zara,aku nie dhla robot mn ble kawin hahaha.tpi aku tk suka dpt ank buat mnde ade ank,bosn dngr nangis.

Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.