rss

Saturday, February 12, 2011

>> Asyik-asyik salah lelaki !

   Pot Pet! Pot Pet! itu sahaja kerja dia.Seorang yang buka cerita,semua tak mahu kalah,hendak juga.Topik perbualan tak ada lain,asyik-asyik nak hentam kaum lelaki,itu lah risiko yang perlu di hadapai oleh kelompok minoriti yang berjantina lelaki ini.

   "Orang lelaki ni jangan bagi muka sangat,nanti dia pijak kepala kita ni ha~"

"iya lah tu~, jangan bagi muka kat lelaki yang tak ada rupa je sebenarnya kan,kalau lelaki ada rupa bagi body' pun kau sanggup!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)


    "Orang lelaki zaman sekarang ni,bukan boleh harap sangat,kerja malas,bergaya je lebih,lepas tu ada hati nak ngorat anak perempuan orang,duit bukan ada pun,nanti perempuan nak tanggung dia orang pulak!"

"iya lah tu~, tu pasal lah laki orang lain yang kaya pun kau sanggup lahap! kalau lelaki tak boleh harap, buat apa mengharap pada lelaki, jadi je lah single' sampai tua!, so tak payah lah pening-pening kepala kau nak fikir kan hal ni! siapa yang bodoh? lelaki ke? ke boyfriend ko jer yang tak boleh pakai? isu dia ntah apa-apa ntah!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)

   "Orang lelaki ni jangan percaya sangat,depan kita pijak semut pun tak mati,belakang kita dok mengayat betina lain!"

"iya lah tu~,kalau perempuan buat benda yang sama,cakap hak memilih pada mereka,mereka ada hak memilih bakal suami yang layak untuk menjaga mereka akan-akan datang, so aku tak nampak apa-apa isu besar di sini yang menyatakan lelaki tak ada hak memilih yang terbaik untuk mereka akan-akan datang! so isu dia tetap berpusing-pusing dekat situ kan! pi mai pi mai tang tu jugak...diam lagi baik!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)

   "Orang lelaki ni,kalau bagi peha nak betis,kau jaga-jaga sikit"

"iya lah tu~,yang kau bagi paha buat apa,bagi lah Al-Quran ke,sejadah ke,kan ke itu lebih bagus.Hahahah kidding! beri lah kasih sayang yang tidak melanggar batas,kalau kena dengan gayanya orang lelaki pun naik malu nak pegang perempuan!" (hati kecil Mohfi berkata-kata)

"Jantina tak bersalah,yang bersalah adalah manusia itu sendiri,bukan jantina"-Mohfi

26 comments:

Unknown on 12:49 AM said...

chilllss la bro....heeeee

Unknown on 1:57 AM said...

hehe...berasaappp

nuraishah on 6:07 AM said...

kata kata yg dihighlight itu adalah kata2 yg dikeluarkan oleh seseorg yg amat bongkak dan berfikiran cetek.. bak kata mohfi : asyik2 salah lelaki..

hmm.. hidup ni jgn asyik mengata org.. nanti balik pada diri sendiri.. lebih baik diam.. tahan bila syaitan dtg cucuk2 hati ni..

susah mmg la susah.. cara terbaik.. istighfar then cakap A'uzu billahi minashaitanir rajim..

Kompem syaitan lari jauh2 marathon lompat pagar watson nyambek.. ntah ntah hussein bolt terus.. huhu..

wallahu a'lam

biruhornet on 8:52 AM said...

naaaiiiissss, sama bro. panas hati ni. .haha

idafirdausi on 9:43 AM said...

waaaa.... ni baru betol luahan hati seorang LELAKI... chilllsss bro..:)

Ati Masrif on 9:59 AM said...
This comment has been removed by the author.
Ati Masrif on 10:05 AM said...

as salam,

betul tu..

peribadi org tu yg salah

TQ lawat blog kak ati
dpt no.207


Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

Hanis Azla on 8:49 PM said...

Memang biasa dengar ayat2 mcm tu.. bila taknak mengakui kelemahan diri sendiri, mulalah mencari kesalahan org lain pula..

saiful on 8:54 PM said...

asam garam kehidupan.sikap lelaki dan perempuan lbh kurang je.

Nur Liyana on 8:59 PM said...

betul! betul! betul! salah sendiri nak salahkan org lain pulk.. hehehe

Kak Mahh on 12:33 AM said...

Lelaki ke perempuan salah??

Ayu Rashidah @ Cik Ayu on 12:58 AM said...

pada akak, sama aje, cuma sekaragn ni susah nak jumpa lelaki atau perempuan yang betul2 baik. Semoga akan dipertemukan ye..... (akak dah dipertemukan, alhamdulillah...suami akk baik )

Nurul Hilmiyah on 10:07 PM said...

ini laa manusia.. bila kita lelaki of coz kita akan berpihak pada kaum sejenis kita n bila kita pmpuan of coz sebaliknya...

apa yg penting balik keda Yg Satu.. mudah-mudahan kita diberi petunjuk..

tomato on 10:57 PM said...

betol3 semua tu .. kekeke :P

tak semua laki but ada la jgk yg cmtu . geramm ..

cik grrr on 11:41 PM said...

puas cri tmp nk komen rupanya kat atas...

chills laa...cam llki ckp, xseme llki cam2!
pompuan pun, xseme ppuan cam2!..

kan3? kaum hawa?
haha..wallahu a'lam

syairahmohdanuar on 12:29 AM said...

siann laki :'(

aida4eva on 2:12 AM said...

adat la kan..tunding jari pada orang lain..tapi tak sedar satu tunjuk org lain,4 tunjuk diri sendiri. wuuu~

n lagi satu,tapi sy lebih banyak dengar pompuan je yg kena salahkan. *angkat kaki,larikkkk~*

gEe on 2:17 AM said...

sy pompuan. tp sy stuju ngan entry ni. hehe

s.y.a.r.q on 2:10 PM said...

mohfi, kalau laki yg kuat berleter dr perempuan mcm mane tu??hahaha

bib2426 on 9:14 PM said...

hehe...salahkan diri sendiri yang buat menda-menda negatif..huhu.

arenyss dyla on 9:16 PM said...

sumenya salah lelaki..?padahal lelaki ke pmpuan ke sama je kan...
:)

atiqah~ on 10:13 PM said...

haha..biasa la tu..
semua x nak mengalah..
hemm..org skung kan ego x kena tmpt kan..
x kira lelaki ke pompuan ke..
sama saja..~pendapat..hee~

czueka zulaikha on 2:13 PM said...

tabikk springg utk en mohfi bagi entry ni :)hee

Nurulkay on 10:09 PM said...

Manusia diciptakan punya ego dan nafsu.. Siap ada setan agi..sendiri kena guna 3 perkara Tertinggi dalam diri sendiri..iman,akal dan hati..

yaya_flanella on 3:31 AM said...

conclusion : "mentaliti yang aku teliti". ;)

Anonymous said...

kenapa masih lagi ada yang guna istilah lelaki dan perempuan sedangkan jantika tidak bersalah.. bg perempuan yng baik2 di luar sana yng belum didiscover lg sal tingal kat bawah batu, tempurung,gua dan sewaktu dengannya sangat kecik hati bila sebut perempuan n lelaki sama saja..sedangkan setiap individu berlainan sifatnya..dah tertulis mcm gitu dlm al-Quran. [luahan hati seorang perempuan].

Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.