rss

Sunday, March 06, 2011

>> Senyuman Seorang Sahabat

   Teringat Mohfi wajah Samad masa awek dia suruh masuk meminang dia cepat-cepat tahun lalu,memang pucat mengelabah muka dia masa tu,"duit aku tak cukup lagi weh!" bisik Samad pada Mohfi,bulan tu memang susah nak tengok Samad tersenyum,sakit kepala katanya.

   Mohfi juga teringat wajah Samad datang pada Mohfi beri tahu yang dia dah cukup duit dan sudah ada tarikh pun hendak melangsungkan perkahwinanya, Wow! berjaya jugak kau Samad,masa tu Samad senyum memanjang.

   Mohfi sudah mengenali Samad agak lama,dari tingkatan 4 hingga habis Diploma,dia seorang yang ceria,selalu tersenyum,duduk tunggu bas bawah pokok kena berak dengan burung gagak pun dia senyum,kalau Mohfi dah menyumpah-nyumpah dah!

   Mohfi sekarang sedang bercerita tentang senyuman seorang lelaki yang bernama Samad.

   Pagi rabu lepas,2 march 2011,Samad call' Mohfi suruh temankan dia di Hospital Besar Kuala Lumpur,isteri dia dah nak bersalin.Samad tak temankan isteri dia masa bersalin,"aku nak pitam" katanya,nampak jelas benar ketakutan Samad masa tu,tak tahulah Mohfi apa yang dia takutkan sebenarnya,takut pasal nyawa isteri dia/kandungan,atau takut dengar isteri dia meraung-raung,entahlah apa yang ada dalam kepala dia Mohfi tak tahu,maklumlah Mohfi tak pernah melalui situasi itu.

   Selesai isteri Samad bersalinkan bayi lelaki yang sangat comel,Mohfi dapat lihat sesuatu pada Samad yang selama ini sememangnya Mohfi tidak pernah lihat sepanjang kami kenal mula dari tingkatan 4 dulu,Melihat senyuman Samad setelah selesai meng'azan'kan anak dia yang baru lahir itu,terukir satu senyuman yang benar-benar tidak pernah Mohfi lihat selama ini,senyuman itu sangat-sangat berbeza.

   "Aku tak pernah tengok kau tersenyum macam tu Samad"

   "tersenyum macam maner?"

   "Tersenyum macam sekarang ni!"

   "Kenapa dengan senyuman aku?"

   "Tak ada apa-apa...Tahniah Samad !"

   Mohfi tinggalkan samad di sana dengan satu persoalan pada diri sendiri,adakah seorang lelaki akan mengukirkan senyuman yang sangat berbeza tika menyambut kelahiran anak pertama? Percayalah senyuman yang terukir pada Samad benar-benar berbeza,sukar untuk Mohfi jelaskan,senyuman jenis apa yang Mohfi cuba sampaikan,sukar di mengertikan!.


Teringin juga hendak tersenyum seperti Samad"-Mohfi

26 comments:

Zyash on 8:15 PM said...

Senyuman kepuasan seorg ayah...

kpah k-poh on 11:38 PM said...

senyum ada makna tu...dah terbukti kejantanan...hahhaaaa

lavender harum wangi on 12:33 PM said...

wowowowowowo, teringin? ehem3, cepat2 la carik calon~ haha :D

ayushida on 3:59 PM said...

senyum yang memang tidak boleh diceritakan.... melihat zuriat sendiri dalam dakapan adalah satu perasaan yg tidak dapat digambarkan, akk yg dah 3 anak ni masih rasa begitu utk setiap anak..... insyaALLAH, mohfi akan ada peluang tu nanti... cpt kahwin!

Nur Misnan on 10:10 PM said...

salam mohfi
senyum itu sedekah
senyum juga pengubat kerinduan
senyum juga banyak maknanya..

zaty luvlianncezzz on 2:40 PM said...

senyuman

(^______^)

keyh..meh jengah cni:)
lelaki bibir merah lebey MEMIKAT??

Cik Rimau on 10:38 PM said...

nak senyum mcm kwn tu, mohfi pon kwin la.. dpt anak sndr nnt, mohfi pon msti snyum mcm tu jugak.. hehe

Nurul Afifah on 9:18 AM said...

aku anak sulung..rasa2 nya penah nampak ayah aku senyumgtu..tp xigt la~ nak tgok gak senyum samad tu.. :)

misza on 11:35 AM said...

tunggu nak tengok mohfi senyum pulak...

Rie on 1:59 PM said...

senyum yang bukan biasa2
sbb itu nampak istimewa :)

r-5 on 2:21 PM said...

senyum kambing gurun ala-ala unta fadang fasir kot. hahaha. wakaka. tak tahan baca komen kpah k-poh! memang jantan tu!! (ultraman dr port blogger)

balqishDESIGN on 10:05 PM said...

hmn, soalan macam ni jugak selalu saya tanya kat member yang dah dapat anak. kene lalu dulu laa kot, baru tahu..nice one! anyway, jemput ke blog untuk tips hiasan dalaman dari profesional!


ps: salam perkenalan

zati embong on 10:06 PM said...

alahai sgt sweet.

something yg jat xpernah tahu..

nway follow sini!

czueka zulaikha on 8:02 PM said...

hee.mohfi kene kawen cepat la .
nt bole senyum mcm tu :)
:) tak perlu kata apa-apa :P

Jessy Mclaren on 11:48 PM said...

Melawat blog kamu juga

Almade Nespesor on 8:37 AM said...

hahahha.. cpt2 la kawen kalo nk senyum lagu tuh. ;)))

Fantastic Ajane on 9:26 AM said...

kahwin cepat2... eh blm kahwin kn? hhehehe

Tuan Penasihat on 9:17 PM said...

wow cerita yang best.
teringat TP masa pertama kali melihat anak TP.

kena jadi ayah dulu baru tau perasaan tu.

Miss Dill on 9:30 PM said...

senyuman kesyukuran :)

Miss Dill^^

azwandengkil on 9:48 PM said...

Saya juga bakal tersenyum menyambut anak saya yang ke-5.

Pyka Rahmat on 1:22 PM said...

silakan lah senyum.

FaiZaH YaaKuB on 1:48 PM said...

ni yg x sabar nk prac kat labour room..mesti boleh tengok senyuman mcm tu :)

Ai Ni.. on 10:20 AM said...

owh..so sweet~~hu..

nUr _ atiQah on 9:09 AM said...

tahniah untuk samad !
hehe..
bahagia nya samad ..
hee~

Cik Su Life Cycle on 11:58 PM said...

penangan anak pertama.. dahsyat tue .. mcm mane ego lelaki pun, mesti dia senyum bila dapat anak pertama la ek??baru tau.. hehe

jom vote cik su untuk Kotex Fresh Face Search Contest. Cara nya, g ke LINK INI pastu klik vote now. search by name: suriani salleh dah nampak gambar nanti klik vote pastu klik vote now

Jemari MonteL on 5:51 AM said...

cam best jeee cite nihhh.... *tetibe tingin*... erkssss....

Related Posts with Thumbnails
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.