Lekat dekat kepala aku dengar ayat dari seorang perempuan dalam bas pagi tadi,
"entah-entah tambang bas ni pun mintak duit dekat mak,ada hati nak mengurat perempuan!"...nah amik kau! dalam hati aku kata. Nak tergelak pun ada menyampah pun ada dekat lelaki-lelaki yang sah-sah melayu tu yang macam tak pernah tengok perempuan!
Kenapa kebanyakan lelaki melayu macam ni?(tak kata semua)...
Siapa kata lelaki tak gedik dan mengada-ngada ?. Bukan nak bela kaum perempuan ya! tapi memang aku setuju kalau ada perempuan cakap benda yang bukan-bukan tentang lelaki melayu.Banyak sangat kejadian-kejadian yang seakan-akan kejadian dalam bas tu berlaku,hampir dia mana saja tempat yang ada lelaki melayu yang kebanyakannya secara berkumpulan cuba menimbulkan situasi kurang menyenangkan keatas kaum permpuan.
Mereka cuba menarik perhatian atau apa? "hai sorang je ke?","hai boleh berkenalan?".... ayat-ayat ni kita semua biasa dengar,dan mungkin tak berapa teruk untuk kita terima,tapi kalau ayat ni
"hai! sorang je ke? abang tak de ke? boleh ringan-ringan?Huh !? ... aku tak dapat bayangkan apa sebenarnya yang ada dalam kepala lelaki melayu yang berani keluarkan kenyataan macam itu.Apa yang lebih memualkan,kadang-kadang perempuan pun ada yang layan lelaki macam tu,bukan cemburu cuma tertanya-tanya kenapa?kenapa? dan kenapa?
Bukan nak mengata kaum sendiri,tapi itulah realiti lelaki melayu zaman ni,bukan kah ada cara yang lebih sopan dan macho lagi untuk mengurat perempuan! kenapa misti denga cara begitu? aku tak mahu ulas tentang perempuan yang nak layan jugak lelaki macam tu,yang aku nak cerita adalah tentang lelaki yang tak senonoh macam tu,yang permpuan suka layan lelaki macam tu lantaklah,nanti dah kena tebuk baru nak menyesal...tak ada ayat lain yang aku boleh cakap,"padan muka kau!"
Mengikut pengalam aku bercampur dengan lelaki-lelaki muka pecah dan tebal macam ni,yang aku dapat perhatikan perkara-perkara yang sering dibualkan oleh mereka ialah awek,dada perempuan,punggung perempuan,ringan-ringan dengan budak sekolah,angkut awek bawa pi jalan-jalan dan macam-macam lagi yang kebanyakanya ada kena mengena dengan perempuan punya aset dan maruah.Aku yang lelaki ni pun boleh jijik mendengarnya macam mana ada perempuan yang boleh terima lelaki macam ni bulat-bulat.
Tak keberatan kalau aku cakap kebanyakannya lelaki melayu memang lucah,dan sebagai balasanya aku dan lelaki-lelaki lain yang tak terlibat yang juga lelaki melayu ini terkena tempiasnya.
Bila tegur kawan kita buat pernagai macam tu ayat ini yang di hemburkanya:
"kau gay ke tak suka kat benda-benda macam tu! jangan bohong lah"Tegur suruh berhenti jadi jahanam pun kena ayat macam tu,memang dah tak boleh kena tegur agaknya budak-budak melayu ni.
Di sini aku bukan nak bagitahu yang aku ni baik! sekali lagi aku tegaskan tidak! bukan itu niat aku.Apa yang aku ingin tegaskan disini ialah lelaki melayu kita sekarang sudah menjadi semakin jahanam,mereka tidak ada lain seks,seks,seks....lucah,lucah,lucah...! seperti apa yang aku beritahu tadi aku juga lelaki,dah tempiasnya juga kena dekat aku.Sampai bila kita yang lelaki melayu ini ingin melihat perempuan sebagai simbol seks dan boleh mempermainkan dia orang macam anak patung,sedangkan ada banyak cara lain yang jauh lebih beradab untuk merasa kenikmatan dunia itu!
ps:picit kepala,kadang-kadang tepuk dahi!