rss

Monday, January 23, 2006

>> Adik Ku Shafiqah

Melihat adik di taman ini
gelak riangnya tidak terperi
dia masih belum mengerti
betapa sukarnya hidup ini
adik kecil ku yang disayangi
"mari kemari abang di sini
sudahlah untuk hari ini esok kita bermain lagi"
Makan bersama adik selalu bertanya
"dimanakah papa dan mama
mengapa mereka tidak makan bersama"
"tolonglah adik jangan bertanya
abang pun juga tertanya-tanya
kenapa kita asyik bersama
dimana mereka papa dan mama
mengapa mereka membiarkan kita merana
makanlah adik ini saja yang ada
tolonglah adik jangan berkata
"asyik-asyik makan ini sahaja"
panas terik bercuaca cerah
seluruh tenaga abang dikerah
mencari rezeki untuk adik ku shafiqah
untuk memastikan dia ke sekolah
"duduk disini jangan buat abang marah"
adik merengek tak mahu ke sekolah
"janganlah adik jangan buat abang marah"
"adik tak mahu pergi sekolah
adik mahu mintak sedekah !"
mendengar kata dari adik ku shafiqah
hati ku punah, harapan ku musnah
mengenang nasib dengan tertib
apa kah aku sudah lakukan yang terbaik
patutkah aku mengeluh kalau sudah nasib
apa kah aku perlu buat jalan yang terbalik
menolak hukum-hakam untuk bahagiakan adik
mencari sumber yang haram untuk membesarkan adik
bimbang nanti hidup ku tonggang terbalik

sedih mengenangkan adik ku memang sedih
kini shafiqah tidak terseksa lagi
perjalanan di dunia sudah terhenti
"adik ku shafiqah nantikan abang di sini
abang jua akan pergi suatu hari nanti
kita akan bertemu di sana,disana yang memang pasti"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.