melangkah pergi kekosongan
melangkah dengan tiada tenang
langkah ini ditemani kenangan
dimana kita dulu pernah menang
menang kita tiada sambutan
hanya kita bergenggam tangan
kurasakan ada sesuatu dalam genggaman
genggaman yang sedang menceritakan
kisah kedukaan yang bakal mendatang
dahulu kita berarak
dahulu kita berborak
dahulu kita bersorak
dahulu kita berteriak
kini kita semua berselerak
langkah ini diganggu kenangan
kenangan yang mencipta kekangan
kenapa ia sering sahaja datang
bila langkah mula di pasang
jangan dilayan sangat dengan kenangan
langkah misti diteruskan untuk hari mendatang
teruskan langkah dan jangan berangan
kerana kenangan memberi kekangan
kerana kenangan juga menberi kesenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku rasa ko nih leh ganti a. samad said ler...terror ler ko...seni gitu...cayalahhh
hebat.
saya suka entry ini.
mana lama takde nie?
Post a Comment