menjadi rahmat buat kelurga ini,
rumah yang dahulunya sunyi,
kini mendengar tangisan bayi yang berbunyi,
bayi kecil yang comel ini,
masih tidak mengerti,
siapa dirinya suatu hari nanti.
Masa berlalu tanpa disedari,
bayi yang dahulunya merangkak-rangkak ini,
sudah mampu berlari - lari,
keriangan si anak ini,
menjadi keriangan disini,
pengikat kasih keluarga harmoni,
di rumah ini.
Ayah dan ibu sering mengingati,
jangan buat begitu nanti jadi begini,
nasihat ayah dan ibu dipatuhi,
kerana mereka aku hormati,
segala suruhan aku ikuti,
kerana aku di didik begini.
Hari berganti hari,
usia meningkat kini,
tamat sekolah menengah dengan azam yang tinggi,
untuk menjadi manusia yang di segani,
aku kini menjadi nadi,
nadi harapan keluarga ku ini.
Zaman remaja aku di universiti,
zaman remaja aku mencari identiti,
zaman remaja aku sedari,
zaman yang begitu indah sekali.
Sudah menjadi adat duniawi,
perasaan ini tak boleh lari,
aku tidak mengerti apakah ini,
seakan seronok untuk dihayati,
aku cuba untuk memahami apakah ini,
inikah nama cinta dihati.
Semakin seronok di universiti,
pelajaran mudah di dapati,
perasaan cinta juga di hati,
tapi apakah makna cinta ini,
jika tak pernah diungkapi,
mampukah si dia aku tawani.
Aku tidak mampu menahan lagi,
hati si dia misti ditawani,
perangkap di pasang harap menjadi,
pakaian di diri fashion terkini,
harap si dia melihat diri ini,
debaran dihati tidak terhenti-henti.
Gembira dihati tidak terperi,
si dia yang dulu di hati,
kini duduk di tepi,
hari-hari bagaikan suami-isteri,
cuma tidak diketahui wali.
Cinta menggilai seluruh perasaan ini,
pantang masa terluang misti diisi,
aku seperti tak sedarkan diri,
bila bersama si dia aku tidak menyedari,
benarkah segala perbuatan ku ini,
ini kah benda yang ingin ku cari.
Lumarah duniawi,
takdir pertemuan ketentuan ilahi,
si dia kini pergi,pergi dengan rela hati,
sambil aku hanya makan hati,
aku tidak patut lakukan semua ini,
aku tidak patut lakukan semua ini dari dulu lagi.
Aku kini,
merasa seperti tiada apa lagi,
merasa kekosongan di diri,
merasa keluasan yang tidak di isi,
merasa harga diri ini tak di hargai,
merasa segala-galanya tak patut terjadi.
Aku kini menyedari,
tetapi bukan kesedaran yang mampu membina jati diri,
kesedaran yang membuatkan aku semakin terkulai layu lagi,
aku bukan saja kehilangan si dia di hati,
pelajaran aku juga terabai jauh sekali,
ibadat aku tonggang-terbalik sama sekali,
bahana cinta tak dikawal rapi.
Hilang perasaan cinta di hati,
lahir pula perasaan benci,
benci yang mendidih berapi-api,
caci-maki menjadi-jadi,
aku hilang harga diri,
kebangsatan diri tidak terperi.
Sedih ... amat sedih sekali,
aku mula teringat kembali,
wajah ayah dan ibu di pintu almari,
maafkan aku, aku bukan ingin jadi begini,
malu sekali dengan sikap ini sekali ini ingin ku ulangi,
maafkan aku, aku bukan ingin jadi begini.
Ini semua bukan fantasi,
ini semua bukan mimpi,
ini semua sikap diri yang tidak berkualiti,
aku kini umpama mati,
akalku, otakku, hatiku umpama tidak berfungsi,
aku rasa rendah diri.
Aku kini ditemani,
ditemani rakan-rakan seperjuangan yang pernah dulu aku geruni,
aku susun sepuluh jari,
mengemis rahmat dari ilahi,
bersaksikan pintu bergerigi besi,
aku berjanji,
suatu hari nanti aku tidak lagi akan begini,
begini di sini,
ya aku disini,
aku kini di pusat serenti,
ya aku kini disini,
di pusat serenti.