Tengah hari tadi,masa rehat seorang kawan beri tahu "ingat tak semalam 21hb dah setahun kita pergi naik genting!".Huh~ rasa macam baru semalam sahaja pergi sana.
Memang betul dunia akhir zaman memang masa berlalu dengan pantas,tapi tengok jam macam tak ada apa-apa perubahan pun,macam tu jugak.
Mohfi terfikir seketika,kalau sekarang ramai manusia yang rasa masa bergerak terlalu pantas,bagaimana pula 5-10 tahun akan datang manusia rasa tentang perjalanan masa?
- Balik kerja - sampai depan pintu rumah - buka kasut - sudah terasa nak kena pergi kerja balik!
- Rehat pasti tak cukup,baru letak kepala atas bantal,sesaat dah nak kena bangun mandi pagi!
- Semua nak cepat! bayangkan masa terlalu pantas,macam mana umat manusia memandu kenderaan?
- Mungkin juga Microsoft Windows akan keluarkan Operating Systemnya dalam tempoh seminggu sekali!,contoh minggu ni lunching Windows xp,esok pagi baca review di internet kata Microsoft minggu depan lunching Windows 7.
Islam meletakkan masa itu di tempat yang tinggi sehingga Allah s.w.t. bersumpah dengan masa. FirmanNya yang bermaksud :
"Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]
Walau sepantas mana pun masa berlalu,Mohfi nak pesan untuk semua dan diri Mohfi sendiri,kita perlu sentiasa ada masa dan waktu untuk:-
- Berzikir kepada Allah s.w.t.
- Waktu untuk bermuhasabah (menilai dan mengkaji diri)
- Waktu untuk berfikir tentang makhluk ciptaan Allah
- waktu untuk menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari rezeki.
Demi masa sesungguhnya aku selalu dalam kerugiaan"-Mohfi