rss

Thursday, December 16, 2010

>> Rapunzel

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Rapunzel dia memiliki rambut yang panjang, rambutnya yang bewarna perang itu jika dibelai sambil menyayikan lagu hikmat ia akan mengeluarkan satu kuasa aura sepanjang rambutnya,kuasa  tersebut mampu menjadikan yang tua kembali muda dan menyembuh penyakit,Rapunzel tinggal di sebuah menara yang tidak mempunyai tangga dan mempunyai satu tingkap di atasnya. Ceritanya amat terkenal dengan kata-kata ibunya(bukan sebenar) "Rapunzel, Rapunzel, turunkan rambut engkau." Nama Rapunzel telah diambil pada sekuntum bunga iaitu Bunga Rapunzel. Nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut pergi tonton tak rugi!

Mohfi kagum dengan karekter-karekter yang ada dalam cerita ni, lakonan dan jiwa memang hebat terutamanya karekter heronya Flynn memang bersahaja,ditambah lagi dengan kelucuan kuda askar diraja tu.Terfikir jugak patut dia buat cerita ni dalam animasi,kalau nak bikin filem ni guna pelakon sebenar dengan memek muka mintak maaf lah tak terfikir langsung siapa yang layak pegang watak-watak karekter dalam filem Rapunzel ni.Dialog-dialog dalam cerita ini disusun atur dengan baik untuk dijadikan lirik lagu,awalan cerita ini hingga pertengahan penonton akan disajikan dengan perbualan-perbualan yang tidak membosankan,Rapunzel juga filem animasi muzikal yang hebat !

Jadikan filem animasi Rapunzel ni ada dalam senarai tonton wayang anda !



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.