rss

Tuesday, December 07, 2010

>> Lahirnya stesen tv berunsur islamik TV ALHIJRAH

Satu lagi permulaan cantik dalam stesen penyiaran television Malaysia dengan kemunculan stesen televison TV AL HIJRAH yang mula bersiaran secara rasmi pada hari ini 1 Muharram 1432 bersamaan 7 Disember 2010,perasmiaan stesen TV ALHIJRAH ini di sempurnakan oleh YB Datuk Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Menariknya stesen TV ALHIJRAH ini menyiarkan kandungan pelbagai  platform media berlandaskan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Kesan Penubuhan TV AlHijrah
  • TV AlHijrah mampu memainkan peranan ke arah perpaduan masyarakat di negara ini selari dengan kehendak Islam yang menganjurkan perpaduan sejagat.  Kesemua bangsa tanpa mengira amalan kebudayaan, fahaman politik dan agama dikehendaki hidup saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
  • TV AlHijrah menyediakan masa yang cukup untuk penonton memilih program berunsurkan agama serta memberi slot waktu perdana untuk kandungan Islam.
  • Penubuhan TV AlHijrah adalah antara cara yang berkesan untuk memberi penjelasan yang berterusan dan berpanjangan mengenai Islam yang syumul yang diperkenalkan di negara ini.
  • TV AlHijrah memberikan pilihan terbaik kepada masyarakat Islam untuk menambah maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan Islam dan pengetahuan am.
  • TV AlHijrah menjadi sebuah institusi pendidikan Islam tidak formal yang akan membentuk keperibadian mulia umat Islam dengan penyediaan program-programnya yang menarik, berkualiti dan bermoral.
  • TV AlHijrah akan menjadi pemangkin ajaran Islam yang benar. Pelaksanaan ajaran Islam yang tidak betul adalah berpunca dari pengambilan maklumat dari sumber yang salah. Dengan itu masyarakat Islam hendaklah didedahkan seluas mungkin ajaran Islam sepertimana yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Mohfi.blogspot ingin mengucapkan tahniah diatas kelancaran perasmian stesen TV ALHIJRAH ini,diharap usaha murni untuk menyampaikan keindahan islam itu sampai dengan sempurna kepada keseluruh minda penonton Malaysia,diharap TV ALHIJRAH kental memperjuangkan dan mempertontonkan keindahan islam diseluruh Malaysia dan Negara.

Jangan nanti bila dah 3-6 bulan bersiaran rating tak naik2 dah mula nak bawa masuk drama2/filem2 dari luar yang tak berunsur islamik langsung dan bersifat kormesial semata2 masuk dalam intisari rancangan yang  tanpa ada unsur islamik hanya kerana nak tarik penonton,jangan perjudikan islam dan kalau boleh harap2 pengacara2 TV ALHIJRAH tahu jaga nama baik stesen berunsur islamik ini jangan dalam bersiaran tunjuk islam,tutup habis luar dedah2,jangan nanti selak pacaindera mingguan ahad(Utusan)ada tajuk "stesen TV berunsur islamik bergambar sambil memegang botol arak" atau " gambar pengacara Tv berunsur islamik dalam keadaan separuh bogel tersebar" kalau boleh kita tak ingin kes2 seperti ini berlaku,kat luar sana banyak wartawan/paparazi,jaga nama baik stesen TV yang berunsur islam ini baik2,pihak atasan TV ALHIJRAH perlu pantau hal ini,

ingat falsafah penyiaran TV ALHIJRAH ini:

TV AlHijrah akan bersiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi mana ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang di bawa Nabi Muhammada SAW. Kandungan TV AlHijrah akan merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya.

Genre kandungan meliputi program kanak-kanak, remaja, wanita, sitkom, hiburan, program berbentuk ilmiah dan pendidikan, berita dokumentari dan majalah, drama dan filem, sukan dan rekreasi, tazkirah, forum dan perbincangan.

Misi
Menjadi stesen televisyen berkonsepkan Islam pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarakat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan.

Visi
Menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah, melalui siaran penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relevan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.
 Moga TV ALHIJRAH ini dapat bertahan lama dengan rating yang tinggi, mohfi.blogspot akan selalu support usaha mempromosikan islam ini.

TAHNIAH !

1 comments:

Shaiful Zaidi on 1:44 PM said...

Alhamdulillah..semoga program2 yg disajikan memberi manfaat kpd kita semua...

Related Posts with Thumbnails
eXperimantel
 

Pengikut

Belasungkawa

My photo
Aku adalah seorang lelaki yang berada di atas muka bumi ini ingin mengetahui tentang siapa diri aku sedalam-dalamnya.Blog adalah tempat untuk aku belajar erti perkongsian.Aku hanya menulis bila aku benar-benar jujur hendak menulis.Aku mungkin satu-satunya makhluk yang boleh menerima diri aku seadanya,walau pernah berlaku yang aku tidak pernah setuju dengan diri aku sendiri.

Blog ini ?

Lihat ini

Experimental By Mohfi. Powered by Blogger.